Tawaran Latihan Industri Di Bank Negara Malaysia (BNM). Elaun RM1,350 Disediakan

Bank Negara Malaysia mempelawa pelajar tahun akhir mohon penempatan latihan industri di Bank Negara Malaysia.  Latihan industri ini akan dijalankan di ibu pejabat Bank Negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur selama 2 hingga 6 bulan.

Bagi memainkan peranan ini, anda mungkin terlibat dalam fungsi utama perbankan pusat seperti pengawasan, penyelidikan, penggubalan dasar, pengawalseliaan perbankan, analisis, operasi, teknologi dan lain-lain.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran latihan industri di BNM dan cara mohon.

MAKLUMAT LATIHAN INDUSTRI

  • Nama Majikan: Bank Negara Malaysia
  • Tempoh latihan: 2 hingga 6 bulan

KELEBIHAN LATIHAN INDUSTRI BNM

Pemohon yang berjaya mendapat penempatan latihan industri di BNM akan mendapat manfaat:

  • Elaun RM1,350 sebulan
  • Program latihan industri kami yang sistematik akan memberikan anda pengalaman secara langsung dalam kerja harian di bank pusat.
  • Bimbingan daripada rakan sekerja yang akan membantu meningkatkan potensi diri bagi mencapai matlamat kerjaya anda.
  • Pada akhir program latihan industri ini, pelatih yang menunjukkan prestasi yang cemerlang mungkin akan dipelawa melalui laluan khas untuk menghadiri temuduga bagi Program Graduan Kijang.

KELAYAKAN LATIHAN INDUSTRI BNM

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi meohon penempatan latihan industri di BNM adalah:

  • Kini menetap di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia,
  • Dijangka mecapai CGPA 3.5/4, atau ijazah kelas kedua atas (2:1) atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka;
  • Bersedia memberikan komitmen antara 2 hingga 6 bulan untuk program latihan industri.

TARIKH PENGAMBILAN

Pastikan calon yang ingin mengikuti latihan industri di BNM buat permohonan pada masa yang tepat. Berikut adalah maklumat permohonan dan pengambilan latihan industri BNM:

  • Mohon selewat-lewatnya 31 Julai 2021
    – Dipertimbangkan bagi pengambilan Oktober 2021
  • Mohon selewat-lewatnya 31 Januari 2022 
    – Dipertimbangkan bagi pengambilan Mac & Musim Panas 2022

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sila serahkan dokumen berikut dalam format PDF semasa buat permohonan:

  • Borang Permohonan Latihan Industri
  • Biodata (CV)
  • Keputusan/Transkrip Akademik Terkini
  • Slip Keputusan Pra-Universiti/Diploma, mana-mana yang berkenaan (Cth: Program Asas, Matrikulasi, STPM, O-Level, A-Level, Program Ijazah Amerika, Matrikulasi Australia, International Baccalaureate)
  • Salinan Kad Pengenalan anda
  • Surat penempatan program Latihan industri (jika ada)

CARA MOHON

BNM mengundang calon-calon yang berminat untuk memohon mengikuti program latihan industri BNM dengan melengkapkan borang permohonan dan menghantar dokumen yang tersenarai di atas ke alamat emel berikut:

  • bnminternship@bnm.gov.my

Sila ambil maklum bahawa memandangkan jumlah permohonan yang tinggi, BNM hanya akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek sahaja.

Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan diminta menjalani pemeriksaan kesihatan dan proses saringan keselamatan. Pelatih akan mendapat elaun sebanyak RM1,350.00 sebulan.

Pelatih akan ditempatkan di pelbagai jabatan di seluruh BNM bergantung pada kekosongan tempat. BNM akan berusaha menempatkan anda di jabatan yang sesuai berdasarkan pilihan dan kelayakan akademik yang anda akan dapat memberikan kesan yang terbaik dan memperoleh pengalaman berharga.

BORANG PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma