Cara Mohon Latihan Industri Di Bank Islam Tahun 2021 Terbuka Buat Semua Bidang Pengajian
Anda pelajar tahun akhir yang sedang mencari penempatan latihan industri/ internship? Jom bina kerjaya anda dengan mohon penempatan internship di Bank Islam! Peluang untuk memperoleh pengalaman yang tidak ternilai dan wawasan unik mengenai dunia Perbankan Islam.
Tawaran adalah dibuka kepada pelajar dari semua bidang pengajian di universiti yang diiktiraf di Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan penempatan latihan industri di Bank Islam.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama majikan: Bank islam
- Nama Program: Latihan Industri/ Internship
- Penempatan: Kuala Lumpur
- Tempoh program: 12 hingga 24 minggu
KELEBIHAN PROGRAM
Peluang latihan industri di Bank Islam ini menawarkan kelebihan-kelebihan berikut:
- Pendedahan luas mengenai konsep Syariah
- Pengalaman langsung dari dunia korporat sebenar
- Bimbingan profesional dari penyelia yang berpengalaman
- Peluang untuk menyertai program Tanggungjawab Korporat dan membina rangkaian
- Tawaran elaun bulanan
- Pelajar dari semua latar belakang pengajian layak mohon
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mohon penempatan latihan industri di Bank Islam:
- Pengajian Ijazah di institusi tinggi diiktiraf di Malaysia dan di luar negara
- Warganegara Malaysia
- Sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang diiktiraf
- Mampu menjalani latihan selama 12 hingga 24 minggu
- Motivasi diri, kemahiran interpersonal yang baik, mampu bekerja secara berpasukan
- Aktif dalam aktiviti ekstra kurikular
CARA MOHON
Pelajar tahun akhir yang berminat untuk jalani latihan industri di Bank Islam tahun 2021 boleh buat permohonan sekarang melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web https://bankislam.is-hiring.com/.