Penjawat Awam, Ini Larangan Dalam Media Sosial Yang Anda Kena Tahu. Elakkan Kena Tindakan Tatatertib

Seoarang pegawai TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan kerajaan atau yang boleh memalukan kerajaan atau membuat ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar program atau keputusan kerajaan.

Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai didapati bersalah yang boleh membawa hukuman MAKSIMUM BUANG KERJA kerana perbuatan tersebut ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan menjejaskan imej perkhidmatan awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan larangan tindakan penjawat awam dalam media sosial.

INTEGRISI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM

Sekiranya anda merupakan penjawat awam, pastikan anda hindari dari melakukan beberapa perkara berikut:

  • Membuat sebarang pernyataan awam tanpa kebenaran
  • Komen atau membuat pernyataan isu-isu yang boleh menjejaskan imej dan dasar kerajaan
  • Menyebar maklumat berbentuk fitnah dan hasutan serta berbaur lucah
  • Memprovokasi sesuatu yang menyalahi peraturan dan undang-undang
  • Berkongsi perkara yang menyentuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu

ETIKA PENJAWAT AWAM DI MEDIA SOSIAL

Penjawat awam hendaklah mengamalkan etika penggunaan media sosial dengan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] sebelum membuat pernyataan awam:

  • TIDAK menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi ketika waktu pejabat
  • TIDAK mendedahkan maklumat rasmi dalam media sosial
  • TIDAK membuat komen berbentuk serangan peribadi atau isu-isu yang melibatkan agensi
  • SEMAK ketepatan dan sensitiviti maklumat sebelum dihantar
  • PASTIKAN perkongsian/penggunaan maklumat berkenaan dengan hak cipta atau harta intelek mendapat kebenaran pemilik hak cipta/ harta intelek

Guru boleh memanfaatkan penggunaan media sosial positif untuk tujuan:

  • Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bagi menambah baik kualiti sistem pendidikan
  • Membolehkan warga pendidikan berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan pemegang taruh untuk memastikan keputusan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera
  • Menghubungkan guru dengan kumpulan sasaran secara meluas daripada pelbagai latar belakang sama ada yang berada di dalam atau di luar negara bagi meningkatkan sistem penyampaian pendidikan

TINDAKAN TATATERTIB

Seseorang pegawai TIDAK BOLEH secara lisan atau bertulis membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan kerajaan atau yang boleh memalukan kerajaan atau membuat ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar program atau keputusan kerajaan.

Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai didapati bersalah yang boleh membawa hukuman MAKSIMUM BUANG KERJA kerana perbuatan tersebut ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan menjejaskan imej perkhidmatan awam.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma