Program Subsidi Upah 3.0: PSU Dilanjutkan 3 Bulan. Mohon RM600 Setiap Pekerja Sekarang

Program Subsidi Upah (PSU) 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 ke bawah.

Tujuan PSU adalah bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan

Apa yang membezakan PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 dan macam mana nak mohon PSU 3.0? Semuanya terjawab di perkongsian bawah.

PERINCIAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

Untuk penjelasan yang lebih terperinci mengenai Program Subsidi Upah, anda boleh rujuk jadual di bawah:

Program Subsidi Upah PSU 3.0 Dilanjutkan 3 Bulan. Tuntut RM600 Bagi Setiap Pekerja Sekarang

PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Program Subsidi Upah 3.0:

  • Tarikh permohonan: 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021
  • Had bilangan pekerja: 500 pekerja
  • Tempoh subsidi upah diberi: 3 bulan tambahan
  • Sektor pengkhususan: Sektor pelancongan & runcit

SYARAT KELAYAKAN

Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 3.0 boleh semak syarat kelayakan dan faedah diterima melalui jadual di bawah:

Saiz Perusahaan, Had Bilangan Pekerja & Kadar Bayaran

Program Subsidi Upah 3.0: PSU Dilanjutkan 3 Bulan. Mohon RM600 Setiap Pekerja Sekarang

Syarat Kelayakan Perusahaan

Program Subsidi Upah 3.0: PSU Dilanjutkan 3 Bulan. Mohon RM600 Setiap Pekerja Sekarang

SYARAT TAMBAHAN PSU 3.0

Berikut adalah syarat tambahan yang diletakkan di bawah PSU 3.0:

  • Hanya perusahaan di dalam sektor pelancongan dan runcit sahaja yang layak memohon PSU 3.0.
  • Industri-industri ini adalah antara industri yang tidak dapat dibuka sepenuhnya pada tahun 2021 dan masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
  • Contohnya, aktiviti sektor perhotelan, penerbangan (aviation), agensiagensi pelancongan, pemborongan dan penjualan runcit, perdagangan di kedai, gerai, ataupun pasar.
  • Senarai aktiviti sektor yang berkaitan telah diperincikan di www.myfuturejobs.gov.my.

MAJIKAN YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 3.0

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021;
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021;
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  • Majikan yang bukan daripada sektor pelancongan dan runcit;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program PenjanaKerjaya (Hiring Incentive);
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers;
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

CARA MOHON PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Majikan yang memenuhi syarat kelayakan dan syarat tambahan seperti dinyatakan di atas kini boleh membuat permohonan sehingga 30 Jun 2021. Majikan sedia ada yang sedang menerima PSU juga perlu membuat permohonan PSU 3.0 bagi tambahan 3 bulan.

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang berikut:

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Program Subsidi Upah 3.0:

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
  • Akuan Pengisytiharan PSU3.0

*Akuan Pengisytiharan PSU3.0 ialah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0. Borang ini perlu diisi oleh semua majikan tanpa mengira saiz perusahaan dan sektor.

Nota: Majikan perlu memuat turun borang BRN dari portal PRIHATIN melalui capaian di laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my, seterusnya mengisi, melengkapkan borang dan dan memuat naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau rujuk soalan lazim berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma