Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bank Dilanjutkan Sehingga 2 Tahun Lagi Buat Kategori Ini

Sejajar dengan usaha membantu peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah atau B50, kerajaan telah mengumumkan bahawa Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) telah dilaksanakan oleh sektor perbankan. Orang ramai menerima pelbagai kemudahan bayaran balik pinjaman daripada URUS.

Berita baik buat peminjam yang buat permohonan kemudahan URUS, Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan kemudahan URUS untuk orang ramai. Bagi meringankan lagi beban rakyat, bantuan bayaran balik pinjaman boleh dinikmati oleh orang ramai bagi tempoh dua tahun lagi di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).

Bagi yang berminat mendapatkan manfaat ini, permohonan masih boleh dibuat. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut lanjutan tawaran URUS dan cara buat permohonan.

PROGRAM PENGURUSAN DAN KETAHANAN KEWANGAN (URUS)

Untuk makluman anda, antara Bantuan Bayaran Balik di bawah URUS adalah meliputi:

  • Pengecualian faedah pinjaman
  • Penangguhan moratorium termasuk pengurangan ansuran bulanan
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat untuk membantu mengurus kewangan

LANJUTAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN SEHINGGA 2 TAHUN LAGI

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, bantuan bayaran balik pinjaman dilanjutkan sehingga:

  • Tempoh Bantuan Bayaran Balik Pinjaman: Sehingga 2 tahun lagi

Kepada yang berminat mendapatkan manfaat ini, permohonan URUS masih boleh dibuat sehingga:

  • Tempoh permohonan URUS: Sehingga 31 Januari 2022

“Saya turut meminta bank-bank untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam-peminjam yang gagal membayar semula pinjaman sebaliknya peminjam boleh berbincang dengan pihak bank untuk menstrukturkan semula kaedah bayaran balik pinjaman.

Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000.”- PM

SYARAT KELAYAKAN LANJUTAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Lanjutan Bantuan bayaran Balik sehingga 2 tahun lagi di bawah URUS bakal dinikmati oleh peminjam bagi kategori B50, iaitu:

  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
  • Mempunyai pinjaman/ pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat
  • Mengalami:
    i) Kehilangan pekerjaan; ATAU
    ii) Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%

Peminjam yang berkelayakan dan ingin mendapatkan manfaat daripada program URUS ini boleh buat permohonan sehingga 31 Januari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan ikut langkah yang dikongsikan di bawah:

MOHON BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN URUS

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi bank-bank anda melalui:

  • Laman web bank
  • Telefon
  • Cawangan bank

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma