Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam Kini Dibuka. Semak Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Bank Islam Malaysia Berhad bersedia menerima permohonan bagi Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang Ditambah Baik (ETRA) daripada peminjam dari golongan yang terjejas terus akibat pandemik Covid-19 mulai hari ini.

Lanjutan Moratorium Bersasar ini bakal memberi manfaat kepada peminjam dari golongan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000. Golongan M40 juga boleh membuat permohonan untuk pengurangan bayaran balik pinjaman.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan lanjutan moratorium Bank Islam.

GOLONGAN YANG LAYAK

Bank Islam Berhad menerima permohonan bagi Bantuan Pembayaran Balik bersasar daripada golongan yang terjejas akibat Covid-19 seperti:

  • B40 (penerima BSH/BPR)
  • M40 (Berdaftar dengan BPN)
  • Perusahaan Mikro (sebagaimana takrifan SME Corporation Malaysia untuk kemudahan dengan amaun diluluskan sehingga RM150,000)

KELAYAKAN PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK ISLAM

Pemohon yang layak untuk memohon Moratorium Bank Islam adalah:

  • Pelanggan Bank Islam yang mengalami masalah atau kekangan kewangan untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan semasa adalah layak memohon

Pra-syarat untuk memohon Penjadualan/ Penstrukturan Semula adalah seperti berikut:

  • Semua jenis pembiayaan individu
  • Pelanggan yang tidak dikategorikan sebagai BANKRAP
  • Akaun pembiayaan pelanggan tidak dikategorikan sebagai akaun penjadualan semula di bawah program AKPK

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Daripada ketiga-tiga kumpulan yang layak memohon, hanya individu M40 yang berdaftar dengan pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (individu/isi rumah terjejas) perlu mengemukakan Borang Pengisythiran Kendiri.

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan moratorium Bank Islam ialah:

  • Borang Penjadualan/ Penstrukturan Semula yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh Pelanggan

Serta dokumen berdasarkan kategori berikut:

Bekerja Makan Gaji

  • Penyata gaji pelanggan untuk 3 bulan terkini (suami/isteri jika berkaitan) (e-slip gaji beserta logo syarikat boleh diterima), atau
  • Surat pengesahan daripada Sumber Manusia/ Majikan atau
  • Penyata KWSP (e-penyata KWSP boleh diterima) atau
  • Borang EA yang terkini atau
  • Borang BE yang terkini

Bekerja Sendiri

  • Borang B terkini, atau
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terkini, atau
  • Penyata Kewangan Diaudit tahun terkini

Bekerja Sendiri Tetapi Tiada Dokumen Sokongan

  • Surat Akuan bersumpah yang menyatakan pelanggan bekerja sendiri

CARA MEMOHON LANJUTAN MORATORIUM BANK ISLAM

Pelanggan Bank Islam yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium bersasar boleh kemukakan permohonan melalui:

  1. Dapatkan borang permohonan di www.bankislam.com/covid-19
  2. Lengkapkan e-borang atau imbas kod yang tertera bagi pemohon kategori individu
  3. Bagi pemohon PKS pula, anda perlu kunjungi cawangan Bank Islam terdekat atau hubungi Pusat Panggilan Pelanggan terlebih dahulu

Baca juga: Penjelasan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar Yang Ramai Salah Anggap. Semua Golongan Boleh Mohon

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus hadir ke cawangan Bank Islam terdekat atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Islam di talian 03-2690 0900.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma