Golongan B40 & Peniaga Diberi Lanjutan Moratorium Automatik. M40 Perlu Pengisytiharan Diri
Seperti yang dinyatakan oleh YB menteri Kewangan dalam Penggulungan Belanjawan 2021 semalam, Bantuan Bayaran Balik Bersasar yang meliputi lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran bulanan peminjam kini lebih dipermudahkan.
Golongan B40 dan peniaga mikro akan mendapat kelulusan moratorium secara automatik manakala M40 perlu membuat pengisytiharan kendiri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemudahan Bantuan Bayaran Balik yang diumumkan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Semua peminjam adalah layak untuk mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar jika:
- Pinjaman mereka telah diluluskan sebelum 1 Oktober 2020
- Mereka tiada tunggakan ansuran lebih daripada 3 bulan
CARA MOHON BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN
Golongan B40 & Perusahaan Mikro
Bagi peminjam golongan B40 dan perusahaan mirko, anda boleh pilih sama ada:
- Penangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan; ATAU
- Pengurangan ansuran bulanan 50% selama 6 bulan
Sudah buat pilihan? Anda hanya perlu hubungi bank berkaitan pinjaman untuk buat pemakluman pilihan anda pada bila-bila masa mulai 23 November hingga 30 Jun 2021.
Kelulusan akan diberikan secara Automatik oleh pihak bank.
Golongan M40
Golongan M40 mempunyai pilihan untuk menerima Bantuan Bayaran Balik Bersasar melalui:
- Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
Golongan M40 iaitu yang merupakan penerima BPN hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri ( self declaration) untuk mengurangkan ansuran bulanan. Bank-bank akan mengambil kira pendapatan individu dan pasangan mereka.
Hubungi pihak bank dan nyatakan pilihan anda pada bila-bila masa mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021. Kelulusan akan diberikan secara automatik kepada pemohon yang layak.