Nak Jadi Seorang Pensyarah Tetapi Tak Tahu Caranya? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Pernah terfikir tak, macam mana nak jadi seorang pensyarah? Ataupun anda memang bercita-cita nak jadi seorang pensyarah? Walaupun tugas seorang pensyarah ini lebih kurang macam kerjaya guru, namun nak memasuki kerjaya sebagai Pensyarah ini jauh sekali berbeza daripada Laluan Menjadi Seorang Guru.

Kerjaya sebagai pensyarah ini boleh dikatakan antara pilihan utama pelajar lepasan Ijazah. Namun boleh kah lepasan Ijazah mohon menjadi pensyarah? Mana nak mohon? Hakikat sebenar adalah bidang Pensyarah ini adalah 100% berbeza dengan bidang guru.

KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH

Pensyarah adalah seorang pengajar kepada pelajar di universiti, kolej universiti, politeknik, institusi latihan dan institusi lain. Tugas pensyarah tidak terikat dengan mengajar semata-mata tetapi lebih daripada itu. Tugas Pensyarah juga adalah sebagai seorang researcher (pengkaji). Dimana pensyarah perlu menerbitkan paper di dalam penerbitan prosiding mahupun journal.

Pensyarah juga perlu membimbing pelajar-pelajar master/PhD dalam menerbitkan journal. Semakin ramai pelajar, semakin banyak paper dibentangkan maka seorang pensyarah itu akan mudah dinaikkan pangkat menjadi prof madya, prof dan seterusnya.

Apa yang bestnya jadi seorang pensyarah ini adalah tidak terikat dengan masa. Sesetengah universiti pensyarah tidak perlu punch in dan punch out. Sesetengah universiti perlu punch tetapi tidak terikat dengan masa. Dari segi cuti pula, cuti pensyarah sama dengan cuti penjawat awam yang lain. Namun ketika pelajar cuti, pensyarah perlu ada di universiti.

BAGAIMANA NAK JADI PENSYARAH?

Jadi persoalannya adalah bagaimana cara untuk menjadi seorang pensyarah? Ada banyak cabang sebenarnya, iaitu:

1) Direct Apply

Sebelum ini, jika anda mempunyai Master sudah layak memohon jawatan pensyarah. Namun sekarang, hanya sesetengah institusi sahaja yang menawarkan jawatan Pensyarah kepada lepasan Master. Antara institusi yang menawarkan jawatan pensyarah kepada lepasan Master adalah UiTM, Politeknik dan institusi latihan.

Namun, setelah berkhidmat, pensyarah ini akan disarankan menyambung ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Untuk IPTA pula, jika ingin menjadi seorang pensyarah, maka pemohon itu perlu mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Jika pensyarah hanya mempunyai Master,  gred beliau adalah DS45/DG45 manakala Pensyarah yang mempunyai PhD, gred beliau adalah DS51.

2) Skim Tenaga Pengajar Muda

Untuk pengetahuan anda, pihak UiTM ada menawarkan skim tenaga pengajar muda kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Master yang layak. Calon yang berjaya memasuki skim ini  akan terikat kontrak selama 7 tahun bersama UiTM. Uitm akan memberi elaun bulanan, elaun buku dan yuran pengajian.

Tambahan lagi calon yang mengambil skim ini juga akan diminta bersedia utk berkhidmat, walaupun sedang bercuti. Calon juga akan diminta menyambung ke peringkat PhD, dan kontrak akan bertambah 7 tahun lagi menjadikannya selama 14 tahun. Calon ini juga boleh mengambil SLAB/SLAI.

Apabila tamat pengajian, calon akan diminta berkhidmat di mana-mana cawangan UiTM seluruh Malaysia.

Namun skim ini dilihat jarang dibuka sekarang.

3) Skim Tutor / Fellowship

Sekiranya anda pernah tinggal di asrama, pasti anda sudah terbiasa dengan berada di bawah bimbingan fellow. Kebanyakan universiti di Malaysia ada menawarkan jawatan tutor/fellowship. Untuk memohon skim ini, calon perlulah mempunyai CGPA sekurang-kurang 3.00 ke atas atau sebaiknya 3.50 ke atas (bergantung kepada syarat universiti). Sesudah dilantik sebagai tutor/ fellow, calon akan diberi elaun bulanan dan boleh juga apply SLAB/SLAI.

Kadangkala calon juga akan diminta untuk menyambung pengajian, sama ada di dalam atau di luar negara. Ada sesetengah universiti yang meletakkan kontrak kepada fellow/ tutor. Ada juga yang tidak mempunyai kontrak.

4) Pensyarah di IPTS

Pensyarah di IPTS lebih mudah dipohon oleh lepasan Master. Selalunya iklan jawatan sebagai pensyarah IPTS akan dibuka melalui:

  • Iklan di laman web carian kerja seperti jobstreet
  • Iklan di laman web IPTS itu sendiri
  • Hubungi HR atau Dekan di IPTS tersebut secara peribadi

5) Mohon Melalui MySPP

Selain daripada laluan-laluan di atas, anda boleh juga mohon jawatan pensyarah dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda melalui laman MySPP. Rujuk panduan mohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi melalui MySPP di bawah:

CARA MOHON JAWATAN MYSPP

Sekarang anda dah tahu flow nak jadi seorang pensyarah? Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya Master untuk layak menjadi Pensyarah. Itu pun jarang institusi menawarkan jawatan ini kepada lepasan Master. Sebenarnya ada, tetapi JARANG. Bagi yang mempunyai Master, cuba anda apply jawatan pensyarah di IPTS atau Kolej Kemahiran untuk peluang yang lebih cerah.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma