Tawaran Kemasukan Kursus Sijil Teknologi Getah Di Akademi Hevea Malaysia Ambilan Jun 2021
Akademi Hevea Malaysia (AHM), sebuah unit latihan di bawah Lembaga Getah Malaysia (LGM) mempelawa permohonan daripada calon-calon yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran secara sepenuh masa di dalam bidang teknologi getah. Ini sejajar dengan komitmen LGM di dalam pembangunan modal insan bagi industri getah di Malaysia.
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berminat untuk menceburi industri getah. Lepasan daripada program ini berpeluang untuk bekerja di syarikat-syarikat pemprosesan getah, pengeluar produk getah atau agensi kerajaan yang berkaitan. Dengan ini, Lembaga Getah Malaysia menawarkan program latihan peringkat sijil dalam bidang teknologi getah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Jenis Program: Sijil Teknologi Getah
- Tempoh: 18 bulan (4 semester)
- Lokasi: Akademi Hevea Malaysia, Sg Buloh, Selangor
- Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2021
- Tarikh Pendaftaran: 1 Jun 2021
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan program ditawarkan adalah:
- Program ini dinilai taraf setara dengan Tahap 3 (Sijil) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (
- Pelajar yang terampil di dalam penilaian Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) layak dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Operasi Pembuatan Getah Kering (RB-021-3:2014) yang mana program akan dijalankan secara serentak di dalam pelaksanaan program Sijil Teknologi Getah
- Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman yang boleh diubah kepada dermasiswa tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan
- Kemudahan penginapan sepanjang tempoh latihan
- Peluang membina kerjaya di dalam industri getah yang merangkumi sektor pemprosesan getah, pembuatan produk getah berasaskan getah kering dan lateks dan agensi kerajaan yang berkaitan
SYARAT KEMASUKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kemasukan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- Lulus SPM/SVM/Setaraf
a)Kepujian Bahasa Melayu
b) Lulus Matematik
c) Kepujian Sains (Aliran Sastera);ATAU
d) Lulus salah satu mata pelajaran berikut (Aliran Sains)
– Kimia, Fizik atau Biologi; ATAU
– Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/ Rekabentuk/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat & Komunikasi - Calon-calon yang sedang berkhidmat dalam industri berkaitan getah digalakkan memohon
CARA MOHON
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2021 (Jumaat). Orang ramai yang berminat untuk memohon kursus yang ditawarkan boleh buat permohonan secara atas talian di pautan berikut:
Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Getah Malaysia di http://www.lgm.gov.my/ dan hantar ke alamat berikut:
- Rektor
Akademi Hevea Malaysia,
Lembaga Getah Malaysia,
Stesen Penyelidikan RRIM,
Sg. Buloh, 4700,
Selangor Darul Ehsan - No. Faks: 03 6157 7637
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Tel: 03 6145 9441/ 9459/ 9411
- No. Faks: 03 6157 7637
- Emel: akademihavea@lgm.gov.my