Tawaran Kursus Perkhidmatan Automasi Industri Dengan Jaminan Pekerjaan Terbuka Buat Belia
Panggilan buat pelajar dikalangan keluarga berpendapatan rendah yang sedang mencari peluang untuk bina kerjaya! Calon yang tidak mempunyai sijil akademik peringkat tinggi dan ingin memulakan kerjaya baharu dipelawa untuk ikuti Latihan Kemahiran Kursus Perkhidmatan Automasi Industri.
Tawaran Latihan Kemahiran tajaan penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ini dibuka bagi pengambilan November 2022. Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan segera. Elaun bulanan dan peluang pekerjaan disediakan selepas tamat kursus.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KURSUS
- Nama kursus: Kursus Perkhidmatan Automasi Industri
- Tajaan: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
- Tempoh latihan: 6 bulan
- Pengambilan: November 2022
FAEDAH KURSUS
Antara kemudahan disediakan kepada peserta kursus adalah:
- Latihan selama 6 bulan dan persijilan profesional
- Elaun sara hidup RM300 sebulan dan penginapan disediakan sepanjang latihan
- Jaminan kerja setelah tamat pengajian
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:
- Bumiputera/ beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Perak Darul Ridzuan
- Berumur 18 hingga 35 tahun
- Pelajar dikalangan keluarga berpendapatan rendah (keutamaan kepada asnad Fakir Miskin)
- Keutamaan kepada yang tidak mempunyai sijil akademik peringkat tinggi (Diploma/ Ijazah dan selanjutnya)
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online melalui pautan yang boleh didapati melalui kod di bawah:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan kursus ditawarkan, anda boleh hubungi talian berikut:
- En. Azwan: 011 2184 5451
- Pn. Azira: 017 457 0050