Tawaran Kursus Percuma Penyenggaraan Pesawat Tajaan Kerajaan Perkasa TVET Buat Lepasan SPM

Berminat dalam bidang perkapalan? Rakyat Malaysia terutama lepasan SPM yang berminat dalam bidang kemahiran ini dipelawa untuk ikuti kursus secara PERCUMA dengan tajaan kerajaan Perkasa TVET. Calon yang berkelayakan akan mengikuti kursus percuma penyenggaraan Pesawat dalam tempoh 3 bulan.

Sepanjang tempoh 3 bulan kursus, halatuju adalah kearah lanjutan pembelajaran atau penempatan kerja dalam bidang penerbangan di Malaysia dan Singapura. Setelah tamat kursus calon akan mendapat penempatan di syarikat-syarikat aviation di Malaysia dan Singapura.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Kursus Penyelenggaraan Pesawat
  • Tajaan: Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia
  • Tempoh kursus: 3 bulan
  • Sesi Pengambilan: September 2022
  • Jenis pensijilan: Sijil Kemahiran Kerajaan (JKP)

STRUKTUR PROGRAM

Berikut adalah struktur kursus yang ditawarkan:

  • Konsep pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori
  • Lebih kepada buat projek dan belajar tentang enjin (hands on), komponen kapal terbang, pesawat.
  • Setelah tamat kursus calon akan mendapat penempatan di syarikat-syarikat aviation di Malaysia dan Singapura

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada orang ramai yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya lepasan SPM
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Berminat dengan bidang penyelenggaraan pesawat

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan kursus ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh mohon bagi pengambilan September 2022. Permohonan boleh dibuat melalui talian whatsapp di nombor berikut:

  • WhatsApp: 017 949 8121

Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus ditawarkan, anda boleh terus ke laman web www.aatc.com.my atau terus hubungi talian dinyatakan di atas untuk sebarang pertanyaan berkaitan kursus tersebut.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma