Penyertaan Kursus Online Pengurusan Bengkel Automotif MARA Sarawak

Perhatian kepada Usahawan Automotif seluruh Sarawak MARA Negeri Sarawak dengan Kerjasama MARii akan melaksanakan Kursus Online Pengurusan Bengkel Automotif. Melalui Program ini, peserta akan pelajari strategi pengurusan bengkel dari pakar yang berpengalaman dan telah mengalami sendiri asam garam perniagaan.

Peserta juga akan mempelajari pelan tindakan selanjutnya supaya usahawan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil pasca pendemik Covid-19

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kursus Pengurusan Bengkel Automotif MARA Sarawak.

MANFAAT PROGRAM

Berikut adalah manfaat yang akan diperoleh daripada kursus ini:

  • Peserta akan mengikuti program bimbingan keusahawanan secara 1-to-1 secara percuma selama 6 bulan anjuran MARii.
  • Mengetahui apa itu Rancangan Operasi Perniagaan dan panduan untuk penyediaan Rancangan Operasi Perniagaan.
  • Mengenal ciri-ciri fasiliti Pusat Servis Bersistematik.
  • Mengetahui dan memahami Standard Operating Procedure (SOP) harian Pusat Servis.
  • Memahami data pelanggan dan mengetahui apa itu Customer Relationship Management System (CRM).

MAKLUMAT KURSUS

Berikut adalah maklumat mengenai kursus online Pengurusan Bengkel Automotif:

  • Anjuran: Pejabat MARA Negeri Sarawak dan MARII 2020
  • Perlaksaan Kursus: Secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM
  • Tarikh Cadangan: 27 – 29 Julai 2020 (3hari)
  • Yuran Penyertaan: RM70.00
  • Urusetia: Pejabat MARA Daerah Sarikei (084 651587)

PENDAFTARAN KURSUS

Pendaftaran kursus bagi yang berminat adalah secara dalam talian. Anda boleh isi maklumat dalam borang online di pautan berikut:

pendaftaran kursus online

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma