KTMB Online: Cara Login Dan Beli e-Ticket ETS Secara Online
Jika anda sering menggunakan perkhidmatan ETS untuk pulang ke kampung atau ke bandar, pasti anda tahu bagaimana sesaknya kaunter pembelian tiket di stesen KTMB. Bila lambat beli, pasti tiket habis Sold Out! Untuk memberi penyelesaian kepada masalah anda, cuba anda beli tiket ETS secara online.
Laman KTMB Online diwujudkan khas bagi memudahkan pengguna membuat pembelian tiket tanpa perlu pergi ke kaunter pembelian. Dengan kemudahan ini, anda dapat merancang perjalanan dengan baik
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membeli tiket ETS secara online.
Isi Kandungan
CARA DAFTAR KTMB ONLINE
Untuk membuat pembelian tiket secara online, anda mestilah daftar di laman KTMB Online terlebih dahulu dengan langkah berikut:
- Layari laman web KTMB Online.
- Anda akan tiba di portal rasmi KTMB Online.
- Kemudian, scroll ke bahagian atas sebelah kanan skrin dan tekan butang e-Ticket Log In/Register.
- Pada laman seterusnya, tekan link Register New User.
- Anda akan dibawa ke laman untuk membuat pendaftaran akaun online di bawah bahagian User Registration.
- Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda.
- Pada ruangan IC/Passport Number, masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda atau nombor passport anda sekiranya ada dan masih aktif.
- Pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi password anda pada ruang yang disediakan.
- Tekan butang Register.
- Pendaftaran anda berjaya.
CARA LOGIN KTMB ONLINE
Selesai membuat pendaftaran, login ke akaun KTMB Online dengan langkah berikut:
- Untuk login pula, selepas berjaya proses pendaftaran, akan tertera kotak pop-up berwarna hijau di bahagian atas sebelah kanan skrin.
- Tekan link Click Here untuk login.
- Jika tidak ada, klik sahaja link ini: https://eticket.ktmb.com.my/eticket/user/login
- Kotak Login To Your Account akan tertera.
- Pada ruangan Username, masukkan username yang anda gunakan untuk akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda gunakan untuk akaun anda.
- Tekan butang Login.
- Login anda berjaya.
CARA BELI TIKET ETS SECARA ONLINE
Selesai login, anda boleh beli tiket ETS anda secara online dengan langkah berikut:
- Pastikan anda sekarang sudah login
- Anda akan berada di URL ini: https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
- Pilih samada One Way atau Return
- One Way ialah perjalanan sehala sahaja
- Manakala Return ialah perjalanan dua hala, pergi dan balik
- Pilih Origin, iaitu tempat kita mahu bertolak
- Contohnya, jika anda mahu menaiki ETS ke Padang Besar dari Kuala Lumpur, pilih Origin KL Sentral
- Pilih Destination, iaitu destinasi yang ingin dituju
- Pilih Padang Besar sebagai Destination
- Pilih Departure Date, iaitu tarikh bertolak
- Pilih Return Date, iaitu tarikh pulang
- Pilih berapa orang Dewasa dan Kanak-kanak
- Tekan butang Search
- Tunggu sehingga selesai carian
- Jika tidak fully book, akan ada tarikh yang diminta
- Pilih waktu yang kita mahukan
- Akan terpapar jumlah tambang yang perlu dibayar
- Tekan butang Proceed
- Buat pembayaran sehingga selesai
PETA LALUAN KTMB
Berikut adalah peta laluan ETS KTMB untuk memudahkan anda merancang perjalanan dan pembelian tiket.
Semoga perkongsian mengenai cara membeli tiket EST KTMB secara online ini dapat membantu anda membuat pembelian tiket dengan lebih mudah. Rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Selamat mencuba!