Senarai Klinik Untuk Buat Ujian Saringan Covid-19 Lengkap Beserta Harga
Anda baru pulang dari luar negara, kawasan-kawasan berisiko atau merasakan diri anda berisiko untuk dijangkiti Covid-19? Jangan main-main dengan virus ini kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya satu cara untuk kesan sama ada diri dijangkiti atau tidak, iaitu melalui ujian saringan.
Pastinya anda tidak mahu orang-orang terdekat terutama ahli keluarga juga berisiko dijangkiti kan? Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah buat ujian saringan Covid-19 di mana-mana klinik swasta atau kerajaan yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut.
Anda boleh semak senarai lengkap klinik untuk buat ujian saringan Covid-19 beserta senarai harga.
Isi Kandungan
SENARAI LENGKAP KLINIK UNTUK UJIAN SARINGAN COVID-19
Selain daripada Hospital Kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah bekerjasama dengan pihak Klinik dan Hospital Swasta untuk membuat saringan Covid-19.
Klinik Perubatan Swasta Yang Menyediakan Health Screening Booth
Klinik Perubatan Swasta Yang Menjalankan Screening & Triaging Covid-19
Hospital Swasta Yang Menjalankan Screening & Triaging Covid-19
Pusat Jagaan Ambulatori Swasta Yang Menjalankan Screening & Triaging Covid-19
GOLONGAN YANG PERLU MENJALANI UJIAN SARINGAN COVID-19
Berikut adalah 3 golongan yang perlu menjalani Ujian Saringan Covid-19 seperti yang ditetapkan oleh KKM iaitu:
- Individu dalam siasatan (PUI)
- Individu baru pulang dari luar negara
- Kontak rapat yang terdedah dengan individu positif Covid-19
Baca: Penjelasan Definisi Kontak Rapat Dan Gelang Pengawasan & Pemantauan Di Rumah (HSO)
SENARAI HARGA UJIAN SARINGAN COVID-19
Berikut adalah senarai harga Ujian Saringan Covid-19 di klinik dan hospital kerajaan:
- Tindak Balas Berantai Polimerase (Rt-PCR)
– Warganegara: RM150
– Bukan Warganegara: RM250 - Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen
– Warganegara: RM60
– Bukan Warganegara: RM120 - Kit Ujian Pantas (RTK) Anitibodi
– Warganegara: RM30
– Bukan Warganegara: RM60
SARINGAN COVID-19 PERCUMA
Berikut adalah individu yang tidak perlu membayar ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kerajaan:
- Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara
- Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif Covid-19
- Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif Covid-19
- Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
- Individu di bawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/ Severe Acute Respiratory Illness (SARI)
- Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan Covid-19
Anda boleh hubungi Bilik Gerakan KKM untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai klinik, harga dan prosedur Ujian Saringan Covid-19 di:
- Tel: 03 8881 0200/ 03 881 0600 / 03 8881 0700
- WhatsApp: +0178429454
- Emel: cprc@moh.gov.my