Jangan Buat 15 Perkara Ini Ketika Tulis Cover Letter, Majikan Terus Letak Tepi Resume Anda
Cover letter adalah satu surat lamaran dengan satu halaman sahaja yang lengkap memberi informasi tentang posisi jawatan yang anda mohon, kelayakan anda dalam jawatan tersebut dan sebab anda berminat bekerja dengan syarikat tersebut. Cover letter yang baik dapat membantu anda menonjolkan diri lebih dari calon lain.
Di zaman yang serba canggih ini, cover letter biasanya ditulis dan dihantar melalui email sahaja beserta dengan resume dan CV calon. Namun masih ramai calon yang buat pelbagai kesalahan ketika tulis cover letter dan menyebabkan majikan terus turn off!
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui beberapa kesilapan dalam menulis cover letter yang anda perlu elakkan.
Isi Kandungan
15 KESILAPAN DALAM MENULIS COVER LETTER
1. Kesalahan Ejaan Dan Tatabahasa
Cover letter adalah satu bukti yang nyata untuk menunjukkan kelebihan diri anda terutamanya dari segi kemahiran menulis dan kelemahiran untuk membuat sesuatu tugasan dengan terperinci. Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan yang sekecil ini, baca berkali-kali cover letter anda atau minta rakan anda untuk membaca cover letter anda.
2. Kesalahan Nama Syarikat, Kesalahan Nama Mereka Yang Dihubungi
Pastikan anda double check untuk memastikan alamat atau nama syarikat atau nama orang yang perlu dihubungi adalah betul. Jika anda lakukan kesalahan ini, bagaimana pula untuk siapkan tugasan anda nanti?
3. Masukkan Maklumat Yang Tidak Betul
Ada calon yang memasukkan maklumat tidak betul ke dalam cover letter dan apabila bakal majikan mendapati ianya tidak sama dengan resume yang dilampirkan, bakal majikan merasakan calon telah menipu mereka dan tidak mungkin mengambil calon tersebut sebagai pekerja mereka.
4. Ayat Yang Terlalu Panjang
Bakal majikan tidak akan membaca cover letter sekiranya ayat cover letter anda terlalu panjang. Ini kerana ayat yang terlalu panjang sangat sukar untuk dibaca.
Pastikan setiap perenggan mempunyai 5 hingga 6 barisan dan tidak lebih 3 ayat sahaja serta pastikan bahagian atas dan bawah surat anda mempunyai perenggan.
5. Gaji Yang Dipohon
Jangan sesekali masukkan masukkan gaji yang dipohon kecuali diminta oleh bakal majikan. Perkara ini tidak begitu penting untuk dimasukkan ke dalam cover letter anda dan tunjukkan kesungguhan serta minat anda pada pekerjaan tersebut. Jadi, jangan sesekali masukkan perkara ini ke dalam cover letter anda.
6. Komen Negatif Tentang Majikan Anda
Hindarkan diri daripada memasukkan komen yang negatif tentang majikan anda yang sekarang atau yang sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa anda yang bermasalah dan bukan majikan anda.
7. Maklumat Tidak Berkaitan Dengan Pekerjaan
Jangan masukkan maklumat yang tidak berkaitan dengan pekerjaan tersebut dalam cover letter anda. Fokuskan dengan kelebihan anda untuk menjawat jawatan tersebut dan apakah yang anda tawarkan kepada bakal majikan.
8. Maklumat Peribadi
Bakal majikan tidak ingin tahu anda inginkan pekerjaan tersebut atas sebab peribadi. Masukkan alasan yang lebih profesional yang menarik perhatian majikan untuk menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda. Ingat, matlamat anda adalah untuk menawarkan yang terbaik kepada bakal majikan dan menjadikan anda adalah calon yang sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.
9. Jangan Jadikan Sebagai Batu Loncatan
Kebanyakan majikan inginkan pekerja yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu tugasan. Jangan jadikan pekerjaan baru sebagai satu latihan dan mengambil masa yang lama untuk mahir dalam pekerjaan anda.
10. Apa Yang Anda Mahukan
Cover letter bukanlah satu perkara yang bertujuan untuk menyatakan kehendak anda, tetapi menawarkan sesuatu kepada bakal majikan anda.
11. Apa Yang Anda Tidak Inginkan
Jangan ceritakan tentang apa yang anda tidak suka dengan pekerjaan anda yang lalu dan sebagainya. Simpan semua rasa ini sehinggalah anda ditawarkan dengan pekerjaan yang baru dan pastikan anda ceritakan perkara yang positif sahaja.
12. Kelayakan Yang Anda Tidak Miliki
Diingatkan juga supaya anda tidak memasukkan kelayakan yang anda tidak miliki ke dalam cover letter anda. Ini adalah idea yang tidak baik dan fokuskan dengan kemahiran serta kelebihan anda yang sedia ada.
13. Penjelasan Meninggalkan Pekerjaan Yang Lalu
Anda tidak perlu menjelaskan mengapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang lalu sebaliknya fokus pada pekerjaan yang akan datang dan masa hadapan.
14. Banyak Memuji & Ayat Yang Berbunga
Gunakan ayat yang lebih mudah dan senang untuk difahami. Tidak perlu banyak memuji dan ayat yang berbunga-bunga sehingga tidak difahami oleh bakal majikan.
15. Minat Yang Keterlaluan
Jangan terlalu menunjukkan yang anda sangat berminat dengan pekerjaan tersebut seolah-olah anda sangat terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Jangan merayu untuk dipanggil temuduga dan sebagainya. Tonjolkan sahaja kelebihan anda pada bakal majikan anda.
Dah tahu kesilapan-kesilapan ini, pastikan anda cuba sedaya upaya untuk elakkan semasa menulis Cover letter ya!
Semoga bermanfaat!