Cara Kesan Penyakit Berjangkit Melalui MySejahtera & 5 Jenis Penyakit Yang Boleh Dikesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera bagi beberapa jenis kes penyakit berjangkit di kawasan yang anda kehendaki. Korang dah kemaskini MySejahtera kepada versi terbaru ke belum?

Jika belum, pastikan anda update atau perbaharui aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda terlebih dahulu untuk menggunakan ciri terbaru yang baru diaktifkan ini. Tak susah pun nak kesan penyakit berjangkit di sekitar anda sekarang!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut ciri terbaru pengesahan penyakit berjangkit di MySejahtera dan panduan aktifkan ciri tersebut.

OBJEKTIF PENGESANAN PENYAKIT MELALUI MYSEJAHTERA

Antara objektif pengaktifan ciri pengesanan penyakit berjangkit di MySejahtera adalah bagi:

  • Membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian
  • Merancang perjalanan harian secara lebih berhati hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit
  • Supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik

5 JENIS PENYAKIT BERJANGKIT YANG BOLEH DIKESAN

KKM telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera bagi kes penyakit berjangkit di kawasan sekitar:

  • Penyakit Covid-19
  • Anjing Gila (Rabies)
  • Demam Campak (Measles)
  • Denggi
  • Kaki, Tangan & Mulut (HFMD)

LANGKAH AKTIFKAN CIRI BARU PENGESANAN PENYAKIT BERJANGKIT

Berikut adalah langkah-langkah mengaktifkan ciri baru pengesanan penyakit berjangkit dalam aplikasi MySejahtera:

  1. Kemaskini aplikasi MySejahtera
  2. Buka Infectious Disease Tracker dalam aplikasi MySejahtera
  3. Lakukan carian pada lokasi yang dikehendaki
  4. Dapatkan info mengenai jumlah kejadian wabak seperti yang tertera

Mudahkan? Semoga masyarakat dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma