Senarai Kerjaya Bagi Aliran Sains & Aliran Sastera Untuk Rujukan

Anda bakal sambung belajar tetapi masih keliru nak sambung dalam bidang apa? Ingat, sebelum buat pilihan program pengajian pastikan anda fikir sehabis mungkin dan tidak membuat keputusan terburu-buru kerana pilihan program sekarang akan menentukan haluan kerjaya anda pada masa akan datang. Bila dah pilih, susah nak tukar bidang dah nanti!

Cuba tanya diri anda terlebih dahulu, kerjaya apa yang anda minat? Penting untuk anda ketahui kerjaya bagi bidang pengajian yang anda pilih. Aliran sains dan sastera ini banyak cabangnya dan haluan kerjaya pun agak luas.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui haluan kerjaya bagi aliran sains dan aliran sastera.

ALIRAN SAINS & SASTERA

Berikut adalah beberapa pengkelasan aliran sains:

  • Sains komputer
  • Perubatan dan Kesihatan
  • Sains Aktuari
  • Pertanian & Penternakan
  • Sains Kejuruteraan

Aliran sastera pula terbahagi kepada beberapa pengkelasan berikut:

  • Perkeranian & Pentadbiran
  • Perkhidmatan
  • Penulisan & Komunikasi
  • Keusahawanan
  • Kewangan / Perniagaan

CONTOH KERJAYA BAGI ALIRAN SAINS & SASTERA

Berikut adalah beberapa contoh kerjaya bagi aliran sains dan sastera:

Aliran Sains

Aliran Sastera

Menentukan matlamat kerjaya itu sebenarnya sangat penting ketika di bangku sekolah lagi. Sebuah kerjaya yang baik dapat menjamin masa depan individu. Keperluan dan kehendak boleh dipenuhi dan kehidupan akan menjadi lebih bahagian dan sempurna.

Percayalah bahawa belajar tanpa matlamat kerjaya yang jelas hanya akan mengundang kekeliruan dalam kerjaya pada masa akan datang.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma