Cara Mohon Jawatan Kerani Di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Dengan Minima SPM
Kolej Poly-Tech MARA mempelawa calon-calon warganegara yang berintegriti, komited dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Kerani di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh seperti yang diiklankan.
Individu yang mempunyai kelayakan sekurangnya-kurangnya SPM dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan boleh hantar permohonan melalui email selewat-lewatnya 6 Januari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Kolej Poly-Tech MARA
- Nama Jawatan: Kerani & Pemandu
- Penempatan: KPTM Ipoh
- Tarikh tutup: 6 Januari 2023
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan dibuka kepada calon yang memenuhi syarat lantikan yang dinyatakan seperti berikut:
- Calon bagi lantikan mestilah Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
Kerani
- Memiliki kelayakan SPM yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
- Calon yang mempunyai pengalaman kerja sebagai Kerani akan diberi keutamaan
Pemandu
- Lelaki
- Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan
- Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan olej JPJ
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja sebagai Pemandu
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
CARA MOHON
Calon-calon yang memenuhi kriteria seperti di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan secara rasmi dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan seperti berikut:
- Resume/ CV yang lengkap
- Gambar terkini
Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:
- Seksyen Sumber Manusia & Organisasi
Kolej Poly-Tech MARA Ipoh
Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Atau
- Emel: hr_kptmipoh@gapps.kptm.edu.my
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja Melalui Email
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima panggilan temuduga selepas 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup dianggap permohonan tidak berjaya.