Semakan & Permohonan

Semakan Keputusan & Rayuan Kemasukan Ke Politeknik & Kolej Komuniti

January 2, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti sesi II 2022/2023 telah dibuka sebelum ini kepada lepasan SPM dan Lulusan Selain SPM yang setaraf. Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat.

Bagi calon yang telah buat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan, anda kini boleh buat semakan keputusan mulai 2 Januari 2023. Bagi yang tidak berjaya mendapat penempatan masih berpeluang untuk buat permohonan rayuan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan tawaran kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti sesi II 2022/2023.

TARIKH SEMAKAN

Semakan keputusan bagi kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti sesi II 2022/2023 boleh dibuat pada:

  • Mulai 2 Januari 2023 (jam 5 petang)

CARA BUAT SEMAKAN

Calon yang telah buat permohonan bagi kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti sesi II 2022/2023 dah boleh buat semakan keputusan secara online di laman yang disediakan. Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Calon yang BERJAYA perlu mengesahkan status setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Politeknik : RM200
  • Kolej Komuniti : RM200

RAYUAN & PERMOHONAN BARU

Calon yang TIDAK BERJAYA boleh mengemukakan rayuan secara atas talian sepanjang tempoh berikut:

  • 2 Januari hingga 10 Januari 2023

Calon yang belum mengemukakan permohonan boleh buat permohonan baru melalui laman semakan. Keputusan boleh disemak pada:

  • 19 Januari 2023

KELEBIHAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Berikut adalah kelebihan melanjutkan pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti:

  • Institusi milik penuh Kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi di seluruh negara
  • Yuran yang berpatutan
  • Peluang pekerjaan yang cerah
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi emel jppkk.ambilan@mohe.gov.my atau talian pejabat 03 8888 3837.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda