Bil Elektrik Tak Sampai Rumah? Bagaimana Nak Semak Bil? Jangan “Gabra”, Ini Sebab dan Solusinya
Isi Kandungan
KENAPA TAK DAPAT BIL TNB?
Tahukah anda perkhidmatan bil bercetak oleh TNB telah dihentikan seketika bermula 20 Mac 2020?
Jangan takut atau gabra pula bila bil elektrik tidak sampai rumah! Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak dihentikan seketika sehingga diberitahu kelak.
Sudah masuk fasa ke dua kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan dan berbaki lagi dua minggu. Semua tahu bahawa kebanyakan perkhidmatan sepanjang PKP adalah dihentikan dan hanya dijalankan secara dalam talian sahaja.
Sama juga seperti pembacaan meter elektrik oleh TNB dari rumah ke rumah di mana tiada bil bercetak semasa tempoh PKP berlangsung. Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB.
Jadi macam mana nak tahu jumlah bil elektrik kita?
Ikuti perkongsian di bawah untuk cara menyemak bil elektrik bulanan anda.
CARA SEMAK BIL SECARA ONLINE
Sepanjang tempoh PKP ini memandangkan bil bercetak TNB tidak sampai ke rumah anda seperti biasa, anda digalakkan untuk menyemak bil dengan dua kaedah berikut:
Untuk makluman anda, bil baru akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya.
Contohnya jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil terbaharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama, RM100.
Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas PKP tamat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan TNB anda boleh hubungi talian 1-300-88-5454 atau hantarkan emel ke tnbcareline@tnb.com.my. Sama-sama kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab dengan hanya duduk di rumah. Selamat meneruskan tempoh PKP!