Terkini: Bank Negara Malaysia Umum Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 2.75%
Pada bulan Mei dan Julai & September 2022 lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 2 kali iaitu keseluruhannya melibatkan kenaikan 50 mata asas menjadikan kadar OPR 2.50.
Namun terkini, pada 4 November 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.75%. Kadar siling dan lantai OPR sekali gus meningkat kepada 3.00 dan 2.50 peratus
Anda salah seorang yang terlibat dengan pinjaman bank? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kenaikan kadar OPR seperti yang dimumkan.
Isi Kandungan
KENAIKAN KADAR OPR TERKINI (NOVEMBER 2022)
Bank Negara Malaysia telah mengumumkan peningkatan yang agak memberi kesan kepada rakyat dalam tahun 2022, iaitu seperti berikut:
- Pengumuman bulan Mei 2022:
Kenaikan 25 mata asas, menjadikan kadar OPR 1.75 kepada 2.00 peratus - Pengumuman bulan Julai 2022
Kenaikan 25 mata asas, menjadikan kadar OPR 2.00 kepada 2.25 peratus - Pengumuman bulan September 2022
Kenaikan 25 mata asas, menjadikan kadar OPR 2.25 kepada 2.50 peratus - Pengumuman bulan November 2022
Kenaikan 25 mata asas, menjadikan kadar OPR 2.50 kepada 2.75 peratus
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat pada selama dua hari bermula semalam.
FAKTOR KENAIKAN OPR
Memetik kenyataan yang dikeluarkan BNM hari ini, bank pusat itu berkata pembukaan semula ekonomi global dan keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi.
Bagaimanapun, faktor-faktor ini sebahagiannya diimbangi oleh kesan tekanan kos yang semakin meningkat, konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.
Tekanan inflasi terus meningkat disebabkan terutamanya oleh harga komoditi yang tinggi dan keadaan permintaan yang kukuh, meskipun keadaan rantaian bekalan global sedikit reda.
Kesannya,:
- bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat
Pada masa hadapan, BNM mengunjurkan kadar pertumbuhan global menjadi sederhana dan akan terus dipengaruhi oleh tekanan kos yang tinggi, konflik di Ukraine, keadaan rantaian bekalan global dan volatiliti pasaran kewangan.
Bagi ekonomi Malaysia, bank pusat itu berkata kegiatan ekonomi terus meningkat pada bulan-bulan kebelakangan ini. Selain itu, penunjuk eksport dan perbelanjaan runcit mengesahkan momentum pertumbuhan yang positif, disokong oleh peralihan ke fasa endemik.