Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF): Pembiayaan Tanpa Cagaran Sehingga RM50,000 Buat Usahawan

Bank Negara Malaysia dengan matlamat untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia menyediakan dana untuk Kemudahan Perusahaan mikro (MEF) bagi memberikan kemudahan pembiayaan kepada usahawan yang layak.

Dalam Belanjawan 2021, jumlah peruntukan dana MEF ditambah nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF):

  • Perusahaan mikro*mengikut definisi PKS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK); atau
  • Usahawan mikro Malaysia termasuk individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan peserta program i-TEKAD

Pembiayaan akan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran, Sila memohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro .

TUJUAN PEMBIAYAAN

Tujuan pembiayaan diberikan adalah untuk:

  • Modal kerja; dan/atau
  • Perbelanjaan modal
Nota: Pembiayaan perlu digunakan untuk tujuan perniagaan dan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/ pembiayaan yang sedia ada.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Saiz pembiayaan
  • Sehingga RM50 ribu bagi setiap perusahaan/ usahawan mikro
Kadar faedah pembiayaan untuk PKS
  • Ditetapkan oleh institusi kewangan peserta
Tempoh
  • Sehingga 5 tahun

CARA MEMOHON MEF

Perusahaan mikro yang berminat boleh untuk mendapatkan pembiayaan MEF boleh memohon melalui kaedah berikut:

  • Mohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro

Orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan penyelesaian untuk sebarang isu yang mungkin dihadapi dengan bank mereka pada waktu yang mencabar ini melalui bnmtelelink@bnm.gov.my atau talian 1-300-88-5465.

Baca juga: Tawaran Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF) Sehingga RM500,000 Buat PKS

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma