PEMERKASA: Senarai Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Terkini Buat Usahawan Mikro & PKS

Semasa pengumuman Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah 1 bilion ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit. Prihatin dengan situasi yang mencabar ini, kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.

Selain bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan, para usahawan juga boleh memanfaatkan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan bagi tujuan meneruskan kelangsungan perniagaan atau suntikan modal untuk menambah penadapata.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai kemudahan pembiayaan mikro kredit yang disediakan oleh kerajaan di bawah pakej PEMERKASA.

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT

Pembiayaan BSN Sehingga RM50,000

Melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), dana sebanyak 300 juta akan disediakan dengan had pembiayaan:

  • Sehingga RM50,000

Pembiayaan akan disediakan dengan kadar faedah yang telah dikurangkan daripada 3.5% kepada 3%. Tempoh pinjaman adalah untuk 5 tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.

Pembiayaan TEKUN Nasional

Skim Pembiayaan Informal

Bagi usahawan sektor informal, TEKUN Nasional akan menyediakan dana tambahan sebanyak 6- juta ringgit, terutamanya untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan:

  • Sehingga RM5,000

Pembiayaan disediakan bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu.

TEKUN Mobilepreneur

Selain itu, program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan sehingga RM10,000 bagi tujuan:

  • Membaik pulih motosikal
  • Membeli motosikal baharu

Bagi melengkapi inisiatif ini, motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100 peratus duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

TEKUN POS-preneur

TEKUN juga akan memperkenalkan program TEKUN POS-preneur di mana pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan. Bantuan pembiayaan meliputi:

  • Sehingga RM20,000 untuk membaikpulih kenderaan
  • Sehingga RM50,000 untuk pembelian van atau lori

Skim Pembiayaan Perniagaan MARA

Melalui MARA, Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro akan dilaksanakan dengan keutamaan untuk membantu 1,000 PKS mikro Bumiputera untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. Sebanyak 50 juta ringgit disediakan dengan nilai pembiayaan:

  • Sehingga RM50,000 pada kadar faedah serendah 3%

Pembiayaan SME Corp

Di samping itu, SME Corp akan menyediakan 50 juta ringgit untuk membantu PKS tempatan mendapatkan pembiayaan:

  • Sehingga RM250,000 pada kadar faedah juga serendah 3 peratus

Semoga kemudahan-kemudahan pembiayaan di bawah pelbagai program ini dapat membantu para usahawan mikro dan PKS yang memerlukan suntikan modal bagi meneruskan kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh gawat ini. Orang ramai boleh manfaatkan kemudahan oleh kerajaan ini sebaiknya.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma