Kempen Servis Prihatin MODENAS: Tawaran Diskaun, Pemeriksaan, Cuci & Upah Kerja Percuma Buat Mangsa Banjir
Berita baik buat pengguna motosikal MODENAS yang terlibat dengan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini! Memahami masalah ramai pengguna yang mengalami masalah kenderaan terjejas akibat banjir, MODENAS menawarkan diskaun dan servis buat pemilik kenderaan MODENAS!
Tawaran ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan ketika bencana itu. Pengguna MODENAS yang ingin dapatkan tawaran ini boleh dapatkan segera! Bukan sahaja MODENAS, Perodua dan Proton juga ada memberi tawaran hebat kepada pengguna yang menjadi mangsa banjir. Semak tawaran diskaun Proton dan tawaran diskaun Perodua sekarang!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan mangsa banjir buat pengguna Perodua dan panduan untuk mendapatkan tawaran ini.
Isi Kandungan
TEMPOH KEMPEN
Kempen Servis Prihatin MODENAS ini berlangsung sepanjang tempoh berikut:
- Tempoh kempen: 22 Disember hingga 31 Disember 2021
TAWARAN SERVIS MODENAS
Berikut adalah tawaran servis oleh MODENAS sehingga 31 Disember 2021 untuk motosikal MODENAS yang terjejas akibat banjir:
- Pemeriksaan percuma
- Cuci motosikal percuma
- Diskaun alat ganti sehingga 25%
- Diskaun alat ganti skuter sehingga 15%
- Diskaun upah kerja ‘overhaul’ sehingga 70%
- Upah kerja percuma bagi motosikal yang tidak perlu dibaik pulih
PUSAT SERVIS MODENAS
Tawaran servis melalui Kempen Servis Prihatin Modenas ini boleh didapatkan di pusat servis berikut:
- MODENAS Service Centre (Shah Alam, Selangor)
No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
Nombor telefon: 04-4668160 - MODENAS Service Centre (Kuantan, Pahang)
No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
Nombor telefon: 09-5123380 /044668199
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pusat servis MODENAS di talian MODENAS Careline di 1-800-880-181 atau WhatsApp di talian 019 570 8135 .