Kempen E-Dagang PENJANA: Usahawan PKS Terima Manfaat RM1,500 Dari Shopee

Melalui Kempen e-dagang PENJANA yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) Shopee menawarkan sebanyak RM1,500 kepada 30,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS). Kempen itu bukan melibatkan Shopee sahaja, ia termasuk e-dagang lain seperti Boost, Foodpanda, Grab, Lazada dan banyak lagi.

Menurut MDEC, kempen e-dagang tersebut adalah untuk menggalakkan perniagaan tempatan menggunakan e-dagang untuk meluaskan lagi capaian pasaran mereka. Sebanyak RM70 juta telah diperuntukkan di bawah PENJANA untuk melaksanakan kempen tersebut.

E-DAGANG YANG TERLIBAT

Antara e-dagang yang terlibat adalah:

MANFAAT RM1,500 DARI SHOPEE

PKS baharu di Shopee yang daftar dengan kempen ini akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Baucar berjumlah RM1,000 untuk meningkatkan jualan
  • Kredit iklan percuma bernilai RM500 untuk meningkatkan pendedahan kedai anda
  • Nikmati pakej ‘RM15 Free Shipping’ secara percuma

Kempen E-Dagang PENJANA: Usahawan PKS Terima RM1,500 Dari Shopee

SYARAT PENYERTAAN KEMPEN E-DAGANG SHOPEE

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menyertai kempen e-dagang Shopee:

  • Penjual mestilah merupakan usahawan PKS atau individu warganegara Malaysia,
  • Perlu mendaftar sebagai penjual Shopee mulai 1 Januari 2020 dan selepasnya
  • Mempunyai kurang daripada 10 pesanan yang disempurnakan sebelum 1 Julai 2020.

CARA DAFTAR KEMPEN E-DAGANG PENJANA

Usahawan PKS yang berminat untuk mendapatkan manfaat daripada kempen e-dagang PENJANA ini boleh menyertai kempen tersebut menerusi pautan di bawah:

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen e-dagang PENJANA, anda boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan MDEC di talian 1-800-88-8338 atau email ke clic@mdec.com.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma