Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Mahmud Negeri Kedah Sesi Persekolahan 2021
Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2021 di Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman akan dibuka tidak lama lagi. Pelajar Tahun Enam 2020 Sekolah Kebangsaan/ Rendah adalah dipelawa untuk memohon untuk kemasukan yang ditawarkan.
Ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan kemasukan anak ke Maktab Mahmud mestilah membuat pembelian nombor pin pada tarikh yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud dan pembelian nombor pin.
Isi Kandungan
MAKTAB MAHMUD KEDAH
Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akademik dan silibus al-Azhar diajar di sini. Telah terdapat sebanyak 12 cawangan Maktab Mahmud seluruh Kedah dengan motonya ‘Al-Ilmu Nur’.
Objektif penubuhannya adalah bagi memenuhi kehendak dan tuntutan terhadap Agama Islam dan melahirkan generasi terpelajar dalam bidang pengajian Islam. Maktab Mahmud mengamalkan dua sukatan kurikulum pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kurikulum Agama.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan kemasukan ke Maktab Mahmud Kedah bagi sesi persekolahan 2021:
- Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2008
- Mencapai sekurang-kurangnya 45% markah kelulusan peperiksaan tahun lima 2019
KEPERLUAN PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Mahmud Kedah mestilah lengkap dengan perkara berikut:
- Nombor Pin bernilai RM10.00 boleh didapati di mana-mana Maktab Mahmud Negeri Kedah (semak senarai nombor telefon untuk dihubungi di bawah)
- Salinan slip keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Lima 2019 mestilah disahkan
- Salinan slip keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) atau peperiksaan yang setaraf dengannya (jika ada)
TARIKH PENTING PERMOHONAN & KEPUTUSAN
Sila ambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting permohonan dan keputusan kemasukan ke Maktab Mahmud sesi persekolahan 2021 berikut:
- Tarikh penjualan dan pengisian online: 21.12.2020 hingga 24.12.2020
- Tarikh tutup permohonan: 24 Disember 2020
- Tarikh pengumuman keputusan: 30 Disember 2020
- Rayuan online: 30.12.2020 hingga 07.01.2020
Untuk pengisian secara online, anda boleh layari laman web berikut:
Bagi urusan pembelian nombor pin atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas bagi setiap Maktab Mahmud di Kedah seperti berikut:
- Alor Setar: 04 772 6482
- Yan: 013 472 9552
- Langkawi: 04 9555 301
- Bandar Baharu: 04 4077 159
- Padang Terap: 04 7850 900
- Pendang: 04 7847 806
- Baling: 04 4701 442
- Sik: 019 5764 552
- Kulim: 04 4850 384
- Merbok: 04 4571 061
- Kuala Muda: 04 4374 324
- Pokok Sena: 04 7870 624
Semak senarai alamat sekolah Maktab Mahmud Negeri Kedah DI SINI.