Permohonan Kemasukan Ke Pusat Bahasa Jepun – OISCA Tajaan Penuh MARA

Permohonan kemasukan ke Pusat Bahasa Jepun MARA- OISCA sesi Mac 2023 kini dibuka. Peserta yang layak berpeluang untuk menjalani latihan industri di Jepun di bawah program MARA-OISCA dengan tajaan penuh MARA.

Jangan lepaskan peluang ini! Inilah masanya untuk anda bina kebolehpasaran kerja dengan pengalaman latihan dengan syarikat di Jepun. Pengambilan dibuka sebanyak 5 kali setahun iaitu Januari, Mac, Jun, Ogos dan Oktober.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengambilan peserta ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.

PUSAT BAHASA JEPUN MARA-OISCA

  • Menawarkan Kursus Bahasa Jepun untuk Asas dan Lanjutan
  • Terdapat 5 kali pengambilan setahun iaitu Januari, Mac, Jun, Ogos dan Oktober
  • Program kerjasama antara MARA dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA)

SYARAT KEMASUKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Berumur 20 hingga 29 tahun
  • Lelaki
  • Bujang
  • Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
  • Bidang kemahiran

BIDANG DIPERLUKAN

Antara bidang bagi latihan industri di Jepun yang diperlukan adalah:

  • Kejuruteraan Automotif
  • Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan
  • Teknologi Automotif (Servis)

SESI PEMBELAJARAN

Permohonan kini dibuka bagi sesi pembelajaran:

  • Mac 2023 hingga Mei 2023 (2 bulan)

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Peserta yang menyertai program ini akan disediakan kemudahan berikut:

  • Elaun bulanan
  • Asrama disediakan
  • Yuran dibiayai sepenuhnya oleh MARA
  • Peluang latihan industri di JEPUN

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh isi borang permohonan secara online sekarang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Februari 2023. Klik pautan berikut untuk memohon:

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, anda boleh hubungi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA di talian 03- 872 49344.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma