Kemasukan Semula Pelajar IPT Ke Universiti Mulai Mac 2021
Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta beralih kepada pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu susulan Covid-19.
Pasti ramai pelajar IPT yang rindukan suasana pembelajaran di kampus kan? Ada juga yang sudah selesa dengan pembelajaran secara dalam talian. Namun KPT telah memaklumkan cadangan kemasukan ke kampus pada Mac tahun hadapan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemasukan pelajar ke kampus tahun hadapan.
Isi Kandungan
KEMASUKAN IPT MULAI MAC 2021
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjangkakan penuntut universiti dijadual kembali ke kampus seawal-awalnya pada Mac tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan mengenai perkara itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdahulu untuk persetujuan mereka.
Ianya masih dalam PERBINCANGAN, KPT mencadangkan bulan Mac ini bagi permulaan semester namun ia tidak boleh disahkan sehinggalah MKN bersetuju.
“Kami akan membentangkan berhubung cadangan ini kepada MKN dalam masa terdekat. Apabila diluluskan, baharulah tarikh kemasukan ke IPT diumum secara rasmi.” – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
SOP PENUNTUT DIPERKUKUH
Noraini berkata, dalam persediaan menerima penuntut kembali ke kampus, pihaknya bersama universiti sedang memperkukuhkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada membabitkan penuntut bagi menjaga keselamatan semua pihak.
Antara cadangan pengukuhan SOP itu termasuklah :
- Meminta pihak universiti menyediakan tempat pengasingan kepada penuntut
- Kelas secara hibrid akan dilaksanakan untuk mengurangkan sebarang risiko
PDP JANUARI DITERUSKAN DALAM TALIAN
“Bagi 1 Januari depan, kita meneruskan kelas dalam talian seperti biasa hinggalah tamat semester pada pertengahan Februari dan perancangannya untuk membawa masuk penuntut ke kampus pada Mac untuk semester baharu.”
“Hingga kini kita sedang bersedia terhadap sebarang perkembangan semasa jika penuntut kembali ke kampus nanti”
Walaubagaimanapun, penuntut IPT diminta untuk bersedia dan sentiasa ambil perhatian dengan pengumuman semasa kemasukan semula ke kampus masing-masing yang diumumkan dari masa ke semasa.
Sebarang makluman terkini kemasukan ke kampus akan dikemaskini semula.