Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas Tingkatan 1 & 4 Ambilan Tahun 2021

Permohonan kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi tingkatan 1 dan 4 bakal dibuka bagi permohonan ambilan 2021. Kepada ibu bapa yang ingin membuat permohonan untuk kemasukan anak-anak, sila buat demikian di portal yang disediakan.
Permohonan MCK ini merupakan ambilan bagi tahun 2021 nanti di mana ibu bapa sudah boleh mendaftar anak-anak bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 di beberapa buah sekolah yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai sekolah yang disediakan dan maklumat permohonan.
SENARAI SEKOLAH YANG DITAWARKAN
Berikut adalah senarai sekolah yang ditawarkan mengikut kemasukan:
Tingkatan 1 & 4 (Akademik)
- SMKPK Setapak
- SMKPK Persekutuan Pulau Pinang
Tingkatan 4 (Vokasional)
- SMPKV Shah Alam
- SMPKV Kuantan
- SMPKV Indahpura
- SMPKV Merbok
- Kolej Vokasional Keningau
Tingkatan 4 Program Vokasional Menengah Atas (PVMA)
- SMKPK Persekutuan Pulau Pinang
PERMOHONAN KEMASUKAN MBK
Bagi ibu bapa yang berminat untuk daftarkan anak ke Sekolah Murid Berkemampuan Khas bagi tingkatan 1 dan 4, anda boleh buat permohonan mulai 29 September 2020 hingga 18 Oktober 2020. Permohonan secara online boleh dibuat melalui pautan berikut:
Klik LOGIN dan pilih Login Ibu Bapa/Penjaga. Daftar pengguna sekiranya anda pertama kali ingin membuat permohonan. Setelah daftar, log masuk seperti biasa dan mula buat permohonan.