Kemasukan ke Universiti Awam IPT Kini Dilewatkan

Kementerian Pengajian Tinggi menunda kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) berikutan perubahan tarikh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke awal tahun depan.

Kemasukan bagi program asasi, matrikulasi dan diploma dibuat antara Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah sarjana muda pada September atau Oktober tahun depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata penundaan tarikh peperiksaan SPM akan mengakibatkan kelewatan kepada kemasukan ke IPT.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas hari ini.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma