Pelaksanaan & Permohonan Kemasukan Semula Pelajar Ke Kampus UNIMAS Pada 1 Mac 2021
Merujuk kepada pengumuman rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 31 Disember 2020 berkenaan kebenaran kemasukan pelajar tempatan ke kampus seawal 1 Mac 2021, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah membuat keputusan untuk hanya membenarkan pelajar tertentu sahaja pulang ke kampus.
Pelajar yang berhasrat untuk kembali ke kampus juga perlu membuat permohonan secara online melalui laman yang disediakan dan menjalani beberapa proses kemasukan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan dan permohonan kemasukan semula ke UNIMAS.
Isi Kandungan
KATEGORI PELAJAR YANG DIBENARKAN
Hanya pelajar UNIMAS dari kategori berikut sahaja dibenarkan pulang ke kampus mulai 1 Mac 2021:
- Pelajar tahun akhir yang berkeperluan untuk berada secara fizikal di kampus
- Pelajar pascasiswa (secara mod penyelidikan sahaja) yang perlu berada secara fizikal di kampus
- Pelajar berkeperluan yang berasal dari Sarawak
PERMOHONAN KEMBALI KE KAMPUS
Pelajar yang berhasrat untuk kembali ke kampus perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui:
Permohonan adalah menggunakan ID pelajar UNIMAS.
PROSES KUARANTIN
Pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan diwajibkan untuk :
- Menjalani proses kuarantin di Pusat Kuarantin Kerajaan negeri serta
- Menjalani ujian calitan (swab test) RT-PCR
PENGAJIAN SECARA DALAM TALIAN DITERUSKAN
Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira pelbagai aspek, terutamanya kemudahan dan ruang untuk penempatan pelajar berdasarkan SOP kuarantin. UNIMAS tidak berkompromi dalam usaha memastikan keselamatan warga kampus daripada jangkitan wabak COVID-19.