Permohonan Kemasukan Khas Diploma Sains Komputer Di KPM MARA Ambilan November

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) bagi kemasukan khas program Diploma In Computer Science Kolej Profesional MARA Beranang Sesi 3/2020 Ambilan November.

Kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer, anda kini boleh membuat permohonan kemasukan untuk sesi 3/2020 ambilan November.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan.

DIPLOMA SAINS KOMPUTER

Program Diploma akan dijalankan selama 2 tahun dengan silibus seperti berikut:

Permohonan Kemasukan Khas Diploma Sains Komputer Di KPM MARA Ambilan November

PROSPEK KERJAYA SAINS KOMPUTER

Berikut adalah peluang kerjaya dalam bidang Sains Komputer:

  • Pembantu Jurutera Perisian
  • Pembantu Sistem Sokongan Komputer,
  • Pembantu Penguji,
  • Pembantu Perunding Perisian,
  • Pembantu Pembangun Permainan,
  • Pembantu Pentadbir Sistem Rangkaian,
  • Pembantu Pakar Laman Sesawang dan Penggodam Beretika.

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah Warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung;
  • Umur mencapai 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tahun permohonan
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh MARA
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah
  • Bebas daripada masalah kesihatan mental

Syarat Akademik

Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Tiga subjek lain
  • Lulus Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya Gred D

Keutamaan akan diberi kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.

MEKANISME PENGAJIAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan pengajian di bawah program Diploma KPM dan bersetuju dengan syarat pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak MARA adalah tertakluk kepada terma perjanjian seperti berikut:

  • Program pengajian menggunakan medium Bahasa Inggeris.
  • Program pengajian dilaksanakan secara sepenuh masa.
  • Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.
  • Kemudahan Elaun Sara Hidup (ESH) yang diberi sepanjang tempoh pengajian merupakan skim geran dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar menamatkan pengajian.
  • Kemudahan penginapan asrama bagi Pelajar Bahari Semester 1 adalah diwajibkan manakala bagi Pelajar Kanan Semester 2 dan ke atas bergantung kepada kekosongan asrama.
  • Pelajar yang berhenti atau ditamatkan pengajian perlu membayar semula kemudahan ESH bergantung kepada jumlah ESH yang diterima sepanjang pengajian.

CARA MEMOHON

Permohonan untuk Sesi 2/2020 Ambilan November kini dibuka sehingga 20 Oktober 2020 secara atas talian di laman sesawang berikut:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan permohonan Program Diploma KPM Sesi 3/2020 Ambilan November sebagai bukti permohonan telah dibuat.

MAKLUMAT LANJUT

Pertanyaan berkenaan dengan permohonan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di talian 03-26134074 / 03-26134075 / 03- 26134076 / 03-26134077 / 03-26134081 atau melalui e-mel upim.bpt@mara.gov.my mulai 01 Oktober 2020 sehingga 20 Oktober 2020 bermula jam 9:00 pagi sehingga 4:30 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.

Maklumat terkini juga boleh diperolehi melalui saluran media sosial HiEduMARA seperti Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma