Kemaskini MySejahtera Anda Sekarang, Elakkan Kena Denda. Ini Cara Kemaskini

Menurut laporan Harian Metro 3 hari lepas, seramai 31 pekerja syarikat minyak dan gas (O&G) serta kilang ayam di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh dikompaun kerana tidak mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja. Kesalahan itu dikesan dalam pemantauan SOP PKP 3.0.

Mungkin ramai terlepas pandang berkenaan pengemaskinian aplikasi MySejahtera masing-masing. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak ambil mudah dengan perkara ini kerana kegagalan anda kemaskini status kesihatan di aplikasi tersebut mungkin boleh menyebabkan anda dikompaun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara kemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera.

CARA KEMASKINI STATUS KESIHATAN DI APLIKASI MYSEJAHTERA

Berikut adalah panduan mengemaskini status kesihatan di apikasi MySejahtera yang ramai terlepas pandang:

  1. Buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda
  2. Klik COVID-19 Status
    Kemaskini MySejahtera Anda Sekarang, Elakkan Kena Denda. Ini Cara Kemaskini
  3. Klik Start
    Kemaskini MySejahtera Anda Sekarang, Elakkan Kena Denda. Ini Cara Kemaskini
  4. Jawab soalan 1 hingga 6 dan klik Submit
    Kemaskini MySejahtera Anda Sekarang, Elakkan Kena Denda. Ini Cara Kemaskini
  5. Klik OK setelah selesai
    Kemaskini MySejahtera Anda Sekarang, Elakkan Kena Denda. Ini Cara Kemaskini
  6. Pergi ke bahagian Profile
    Kemaskini MySejahtera Anda Sekarang, Elakkan Kena Denda. Ini Cara Kemaskini
  7. Klik Refresh
    Kemaskini MySejahtera Anda Sekarang, Elakkan Kena Denda. Ini Cara Kemaskini

Siap! Mudah kan? Hanya beberapa saat sahaja masa diambil untuk kemaskini status kesihatan anda dan elakkan dikompaun hanya kesalahan ringkas ini.

KEMUDAHAN APLIKASI MYSEJAHTERA

Untuk makluman anda, aplikasi MySejahtera ini bertindak seperti berikut:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangi wabak COvid-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19

Semoga orang ramai tidak mengambil mudah dengan arahan yang diberikan oleh kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Sama-sama kita mengambil tanggungjawab dalam membantu usaha kerajaan ini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma