Graduan Yang Buat Permohonan Di MySPP Diminta Kemaskini Maklumat Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris

Perhatian! Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengeluarkan hebahan arahan buat pemohon terutamanya graduan pendidikan yang telah mengemukakan permohonan melalui MySPP semasa iklan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dibuka untuk mengemaskini keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris.

Pengemaskinian maklumat keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris bagi graduan yang terlibat mestilah dibuat secara atas talian melalui laman disediakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemohon yang perlu kemaskini dan panduan untuk mengemaskini maklumat ujian penguasaan bahasa inggeris.

PEMOHON YANG PERLU KEMASKINI

Arahan untuk mengemas kini Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris adalah melibatkan calon berikut:

  • Graduan Pendidikan (Pengkhususan Bahasa Inggeris) yang telah mengemukakan permohonan melalui MySPP semasa iklan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 pada 13 sehingga 27 Mei 2022.

TEMPOH KEMASKINI

Calon yang tersenarai diminta untuk kemaskini maklumat keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris selewat-lewatnya:

  • Tarikh akhir kemaskini: 21 Ogos 2022 (Ahad)

KEMASKINI MAKLUMAT KEPUTUSAN UJIAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Sekiranya anda merupakan pemohon seperti dinyatakan di atas, anda diminta untuk buat semakan dan kemaskini maklumat Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris dengan ikut panduan berikut:

  1. Pergi ke laman https://semakan.spp.gov.my/semakan/kemaskini/bahasa_inggeris
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan di ruangan disediakan
  3. Klik Hantar untuk buat semakan

Arahan untuk pengisian maklumat akan dipaparkan sekiranya calon tersenarai. Sekiranya tersenarai, pastikan anda kemaskini maklumat keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris dalam tempoh ditetapkan bagi membolehkan permohonan anda terus diproses.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma