Cara Masukkan Kemahiran “Multitasking” Dalam Resume Supaya Majikan Lebih Tertarik

Walaupun anda mohon kerja bagi sesuatu bidang, tetapi bila anda mampu untuk buat kerja dalam pelbagai bidang pasti akan dipuji oleh majikan! Kebanyakan pekerjaan memerlukan pekerja untuk mengimbangi pekerjaan dengan masa dan tenaga mereka dan majikan mengharapkan pekerja dapat menangani pelbagai keutamaan kerja.

Anda ada kemahiran melakukan pelbagai kerja dalam satu masa? Rugilah jika anda tak masukkan dalam resume kerena majikan pasti sangat berminat dengan calon yang ada kemahiran ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara masukkan kemahiran multitasking dalam resume.

MAKSUD MULTITASKING

Pelbagai tugas melibatkan penyesuaian aktiviti kerja yang berbeza dan peralihan perhatian dari satu tugas ke yang lain.

Sebaik-baiknya, pekerja akan dapat memenuhi tuntutan beberapa pemegang kepentingan yang berbeza tanpa menjejaskan prestasi kerja. Bahaya dalam multitasking adalah keberkesanannya dapat dikompromikan jika pekerja berusaha menjalankan tugas yang terlalu banyak pada masa yang sama.

CARA MASUKKAN KEMAHIRAN MULTITASKING DALAM RESUME

 1 Highlight Kebolehan Anda Dalam Objektif / Ringkasan Resume Anda

Objektif merupakan satu ringkasan resume yang menceritakan dengan ringkas dan padat mengenai diri anda, kemahiran dan pencapaian anda.

Jadi, ringkaskan dengan menceritakan kemahiran serta kemampuan anda melakukan pelbagai tugas dengan sempurna. Tunjukkan kemampuan anda dengan menggunakan frasa atau ayat yang menunjukkan anda adalah seorang yang multitasking.

Contoh ayat :

“Saya adalah seorang pembantu akauntan yang boleh menyiapkan akaun syarikat serta boleh menyiapkan laman web syarikat menggunakan perisian web terkini dan memimpin ahli kumpulan dalam persediaan laporan tahunan.”

Secara objektifnya ada telah menunjukkan kemampuan anda untuk mengendalikan tugasan yang diberikan secara sekaligus tanpa sebarang masalah.

2 Masukkan Contoh Di Bahagian Pengalaman Kerja

Seperti anda ketahui, pada bahagian ini diceritakan tentang pengalaman kerja anda pada masa lalu. Jadi, masukkan contoh dengan meletakkan keterangan yang berkaitan dengan kemahiran multitasking anda seperti :

” Berjaya memasarkan produk syarikat dengan peningkatan graf sebanyak 30% selama 2 tahun dalam kerjaya. Pada masa yang sama juga membantu pengarah syarikat menjalankan mesyuarat yang tepat dan teratur.”

Huraian ini dengan jelas menerangkan tugas anda dan yang paling penting menunjukkan kemampuan anda untuk berjaya menguruskan tugasan secara sekaligus.

3 Masukkan Kemahiran Multitasking Di Bahagian Kemahiran

Anda boleh masukkan kemahiran multitasking di bahagian kemahiran pada resume. Masukkan ayat yang menunjukkan hasil yang positif daripada usaha anda seperti :

“Mengenal pasti masalah sesuatu projek dengan cepat seterusnya menyiapkan tugasan kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang masalah.”

4 Masukkan Kemahiran Multitasking Di Bahagian Minat

Jika anda mempunyai beberapa aktiviti luar seperti aktiviti sukarela atau minat dan hobi yang berkait langsung dengan pekerjaan yang dipohon, senaraikan secara berasingan dibahagian bawah resume anda.

Ini menunjukkan anda dapat menangani pelbagai aktiviti berterusan dalam kehidupan seharian seiring dengan kerjaya anda.

Dengan memasukkan kemahiran multitasking anda, resume anda pastinya unik serta lain daripada yang lain. Jadi, ia menarik perhatian majikan untuk terus berminat mengambil anda menyertai syarikat.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma