Kemahiran Asas Komputer Yang Boleh Dimasukkan Dalam Resume Untuk Impress Bakal Majikan

Memang tidak dinafikan majikan zaman sekarang akan memilih calon yang ada kemahiran terutama kemahiran dalam menggunakan aplikasi di komputer untuk mudahkan urusan kerja. Anda ada kemahiran asas komputer, tetapi tak tahu macam mana nak masukkan dalam resume?

Jangan risau, semuanya akan dikongsikan di bawah nanti. Bagi yang ada kemahiran asas, masih tidak terlambat untuk anda tingkatkan kemahiran anda. Pelbagai usaha boleh dibuat untuk tingkatkan kemahiran masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kemahiran asas komputer yang boleh dimasukkan dalam resume.

2 KATEGORI KEMAHIRAN KOMPUTER

Kemahiran asas komputer merujuk kepada kemampuan anda untuk melaksanakan tugas asas pada komputer. Ini termasuk memahami perisian, aplikasi, program, alatan dan banyak lagi. Kemahiran komputer tergolong kepada dua kategori berikut:

  • Software
    Melibatkan penggunaan pelbagai program dan aplikasi
  • Hardware
    Merujuk kepada pengoperasian komputer

KEMAHIRAN ASAS KOMPUTER YANG BOLEH DIMASUKKAN DALAM RESUME

Untuk pengetahuan anda, kemahiran komputer ini merangkumi banyak bidang. Berikut adalah beberapa kemahiran asas komputer yang anda perlu tahu dan boleh dimasukkan dalam resume sekiranya anda ada kemahiran tersebut:

  • Computer programming
  • Graphic design
  • Communication tools
  • Database management
  • Accounting software
  • Productivity software
  • Operating systems
  • Presentation software
  • Digital marketing

Dengan kemahiran yang anda ada, anda boleh huraikan dalam resume dengan membuat pecahan kemahiran. Contohnya seperti berikut:

Graphic Design

  • Illustration software
  • Photoshop
  • Design software
  • Desktop publishing
  • Video creation software

Communication Tool

  • Instant messaging
  • Video conferencing
  • Email management applications

Computer Programming

  • HTML
  • Java
  • Operating systems
  • UI/UX
  • Python

Dalam resume anda hanya perlu buat ringkasan sahaja kepada kemahiran anda. Namun, anda boleh ceritakan lebih lanjut dalam sesi temuduga nanti.

CARA TINGKATKAN KEMAHIRAN KOMPUTER

Memandangkan kebanyakan majikan sekarang cari calon yang ada kemahiran, anda boleh tingkatkan kemahiran komputer anda dengan cara berikut:

Mengikuti Kursus

Ikuti kelas atau kursus komputer yang ditawarkan secara percuma di Kolej Komuniti atau secara berbayar di mana-mana institusi yang menyediakan kelas dan kursus kemahiran komputer. Anda kena rajinkan diri sikit untuk cari kursus yang ditawarkan. Ada juga yang berbayar. Tetapi berbaloi dengan kemahiran yang akan kita dapat!

Memahami Fungsi Komputer

Fahami fungsi komputer secara umum. Mempelajari asas komputer dapat memberi anda pengetahuan asas tentang komputer dan cara untuk tingkatkan pengetahuan anda tentang komputer.

Latihan Praktikal

Untuk meningkatkan kemahiran komputer anda, penting untuk menerapkan apa yang anda tahu. Jadi untuk meningkatkan kemahiran komputer anda, buatlah latihan praktikal mengenai apa yang anda pelajari sebelum ini. Sekurangnya anda tahu bagaimana untuk memberikan jawapan apabila ditanya oleh majikan mengenai kemahiran komputer yang anda nyatakan di dalam resume.

Selain memasukkan kemahiran komputer yang anda ada, pastikan anda juga tahu menggunakannya secara praktikal. Sentiasa bersedia dengan pelbagai soalan oleh majikan dan pastikan kemahiran anda sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma