Kelemahan Utama Calon Semasa Menjawab Soalan Dalam Temuduga Kerja
Sebelum hadapi temuduga, pastikan anda tahu dulu sebab-sebab yang menyebabkan calon gagal temuduga dan kelemaham semasa menjawab soalan temuduga agar anda tidak mengulangi kesilapan besar yang dilakukan oleh ramai calon ini.
Banyak kekurangan utama dikenalpasti di kalangan calon. Jika anda ambil tahu kelemahan-kelemahan ini dari awal, pasti anda boleh atasinya semasa temuduga nanti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kelemahan utama calon semasa menjawab soalan temuduga.
Isi Kandungan
KELEMAHAN CALON SEMASA MENJAWAB SOALAN
Antara kelemahan calon semasa menjawab soalan adalam:
Tidak Yakin Dengan Jawapan
Sebenarnya terdapat 3 jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan bentuk fakta, soalan berbentuk pendapat dan soalan teknikal. Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas, bukan fakta; keyakinan adalah amat penting.
Keyakinan itu perlu ditunjukkan melalui cara dan intonasi percakapan, impressi wajah dan sedikit pergerakan tangan. Seringkali calon kurang yakin ketika memberikan jawapan apabila ditanya soalan – soalan sebegini. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya, “Awak sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”
Tidak Menunjukkan Bakat & Kemampuan Untuk Menyumbang
Semasa sesi temuduga, calon perlu menunjukkan minat untuk menyumbang dan minat untuk belajar jika diterima ke dalam sektor awam. Jadi, tunjukkannya, dan bukannya sekadar berkata “Ya, mungkin” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
Contoh: Sekiranya saya dapat diterima masuk ke jawatan ini, saya akan berusaha untuk memajukan, mengurus dengan lebih baik, dan..bla, bla, bla….. Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bagaimana bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman kerja 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat yang mampu membawa kemajuan.
Terlalu Merendah Diri
Benar, merendah diri/pemalu adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatan yang dipohon.
Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan
Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Anggap anda sedang berbual dengan rakan-rakan atau keluarga anda saja. Dengan beranggapan seperti itu, anda akan lebih tenang semasa temuduga tersebut.
Semoga bermanfaat!