“Jawatan Ini Secara Kontrak, Anda Masih Menerimanya?” Ini Contoh Jawapan Temuduga 

“Jawatan Ini Secara kontrak, Anda Masih Menerimanya?” Apa nak dijawab sekiranya soalan ini ditanya dalam temuduga. Nampak mudah dan mungkin setiap calon akan jawab sanggup menerima jawatan kontrak. Tetapi nak jawab jangan terlalu ringkas. Pastikan jawapan anda lengkap dan membuatkan panel yakin dengan diri anda untuk diambil bekerja.

Walaupun jawatan kontrak ini ada tempoh tertentu dan bukan lantikan tetap, tetapi ada kelebihannya yang anda tidak patut lepaskan! Tak tahu macam mana nak jawab soalan ini dalam temuduga kerja?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kelebihan pekerja kontrak dan contoh jawapan untuk rujukan.

KELEBIHAN PEKERJA KONTRAK

Antara kelebihan pekerja kontrak yang anda boleh jadikan point penting dalam menjawab soalan temuduga adalah:

  • Berpeluang mendapat lantikan tetap
  • Dapat bina kerjaya
  • Dapat meningkatkan prestasi kerja & memastikan hasil kerja berkualiti
  • Dapat membuat perancangan perkembangan kerjaya
  • Berpeluang mendapat pengalaman dari pekerja tetap
  • Mempunyai kemampuan untuk bertukar ke syarikat lain sekiranya tidak sesuai
  • Pengawalan yang lebih tinggi terhadap jumlah kerja dan jenis pekerjaan yang disiapkan

CONTOH JAWAPAN

Berikut adalah contoh jawapan sekiranya ditanya soalan temuduga “Jawatan Ini Secara kontrak, Anda Masih Menerimanya?”:

“Ya, saya sanggup menerimanya. Sekurang-kurangnya saya memperolehi pengalaman dan masih memiliki peluang untuk diserapkan secara tetap. Bukannya mudah untuk memasuki bidang kerjaya di sektor awam, jadi saya tidak akan melepaskan peluang yang muncul di depan mata. Dengan pengalaman bekerja secara kontrak, saya dapat bina kerjaya saya dari masa ke semasa bagi memastikan hasil kerja saya berkualiti dan saya juga bakal mempunyai akses untuk belajar kemahiran tambahan dengan cepat.

Sebagai pekerja kontrak, saya tahu bahawa saya akan dinilai dari segi bekerja. Jadi saya akan pastikan saya menjadi pekerja yang benar-benar berprestasi sepanjang tempoh perkhidmatan.” 

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon sebagai rujukan untuk temuduga kerja kerajaan nanti. Pastikan anda sentiasa ingat setiap jawapan yang diberi mestilah positif dan menunjukkan anda sanggup bekerja dalam apa jua keadaan bagi menunjukkan anda seorang calon yang layak.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma