Keistimewaan Menderma Darah Di Malaysia Yang Orang Biasa Tak Dapat

Tahu tak menderma darah adalah antara amalan yang mulia? Dengan darah yang didermakan bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan. Namun, kesedaran terhadap pentingnya derma darah di negara kita masih belum pada tahap yang boleh dibanggakan.

Ada yang takut akan jarum, ada juga yang takut lihat darah sendiri. Memang tidak dinafikan pasti ramai yang sebenarnya yang berminat nak derma darah?

Untuk pengetahuan anda, negara kita masih kekurangan simpanan darah. Tahu tak, penderma darah akan mendapat keistimewaan yang orang biasa tak dapat?

KEISTIMEWAAN PENDERMA DARAH

Berikut adalah keistimewaan menderma darah yang tidak mungkin orang biasa dapat:

Keistimewaan Menderma Darah Di Malaysia Yang Orang Biasa Tak Dapat

Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas.

Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.

PUSAT DARAH NEGARA PERLUKAN DARAH ANDA

Untuk pengetahuan anda, dengan situasi Covid semasa pendermaan darah adalah semakin berkurang. Sebanyak 35 kempen derma darah bergerak Pusat Darah Negara dengan jumlah sasaran hampir 2500 pendermaan telah ditangguhkan.

Pusat Darah Negara memohon agar rakyat Malaysia mampu bantu mereka yang memerlukan darah.

Untuk menderma darah, anda boleh hadir menderma ke Pusat Pendermaan Darah Statik PDN dan Tabung Darah yang berhampiran bagi mengelakkan stok darah menurun ke paras kritikal.

Keistimewaan Menderma Darah Di Malaysia Yang Orang Biasa Tak Dapat

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma