7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun

Kalau anda perasan, dalam bungkusan produk seperti kasut, makanan kering, ubat dan sebagainya pasti ada paket gel silika kecil. Selalunya kalau kita jumpa paket kecil itu pasti kita terus buang kerana menganggapnya tidak bermakna apa-apa.

Maklumlah di bungkusan paket itu juga tertulis arahan untuk kita terus buang dan tidak boleh dimakan. Semestinya ramai yang menganggap paket kecil itu merbahaya jika disimpan.

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun

Tahukah anda gel silika yang sering anda buang terus ke tong sampah itu mempunyai banyak kegunaannya?

Berikut adalah 7 kegunaan lain paket gel silika yang ramai tidak tahu.

7 KEGUNAAN PAKET GEL SILIKA

1. Mengawet Makanan

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun2

Seperti yang digunakan di dalam makanan kering yang sering kita jumpa, sebenarnya fungsinya adalah untuk mengawet makanan seperti benih, rempah dan makanan haiwan. Ini adalah supaya makanan tersebut tidak cepat basi. Jika anda ingin gunakan semula, masukkan paket silika gel tersebut ke dalam bekas makanan yang anda ingin biarkan ia tahan lama.

2. Menghilangkan Bau Yang Tidak Enak

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun2

Gel silika ini dapat membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan. Anda boleh cuba letak di bahagian bawah sinki yang agak berbau. Letakkan gel silika dalam kuantiti yang banyak dan perlu ganti bila perlu.

3. Mengeringkan Alat Elektronik

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun2

Sama seperti beras, gel silika juga berfungsi untuk menyerap kelembapan yang terdapat dalam alat elektronik dengan sempurna. Sekiranya telefon bimbit anda basah atau masuk air, cuba anda masukkan telefon tersebut ke dalam  ziplock bersama gel silika di dalamnya. Kemudian tutup dengan rapat dan biarkan selama 72 jam.

4. Menghilangkan Kabus Pada Cermin Hadapan

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun2

Mungkin kelihatan pelik tetapi sebenarnya gel ini berfungsi dalam menghilangkan kabus pada cermin hadapan kereta yang menganggu perjalanan di jalan raya. Untuk membantu anda mengatasi masalah ini, letakkan beberapa paket gel silika di bahagian cermin kereta anda. Anda dapat menikmati perjalanan dengan selesa.

5. Mencegah Barang Dari Berkarat

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun2

Barang berkarat adalah disebabkan oleh kelembapan yang tinggi. Cuba anda simpan paket silika gel dengan barangan seperti paku, skru, pisau cukur. Kaedah ini dapat mengelakkannya daripada berkarat.

6. Memastikan Cadar & Tuala Segar

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun2

Selalunya tuala yang kita gunakan pasti akan lembab dan kadangkala menyebabkan tuala itu berbau. Untuk mengelakkan cadar dan tuala anda berbau, simpan beberapa paket silika gel bersamanya. Gel silika ini berfungsi untuk menyerap kelembapan, melambatkan proses penyebaran bakteria dan mencegah daripada bau yang tidak menyenangkan.

7. Mengeringkan Bunga

7 Kegunaan Lain Paket Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu Pun2

Anda juga boleh mengawet bunga dengan menggunakan gel silika. Caranya adalah ambil bekas dan isi dengan gel silika. Kemudian masukkan bunga ke dalam serta ditutup juga dengan gel silika dan bekas tersebut perlu ditutup rapat. Tunggu selama 2-6 hari untuk melihat hasilnya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi ilmu baru kepada anda tentang kegunaan paket gel silika yang selalu anda jumpa di dalam bungkusan produk. Jika anda rasa paket kecil ini berguna, simpan dan gunakan sebaiknya. Namun diingatkan supaya simpan gel silika di tempat yang selamat kerana gel silika ini merbahaya jika dimasukkan ke dalam mulut tambahan lagi kanak-kanak.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma