Kegunaan Pelbagai Aplikasi Google Yang Sangat Berguna Buat Pelajar Universiti
Sekiranya anda merupakan pelajar universiti tidak kira IPTA atau IPTS ruginya jika anda tidak memanfaatkan pelbagai kemudahan yang ada di dalam aplikasi Google. Biasanya kita menggunakan Google untuk carian sahaja kan? Iaitu Google Search. Manakala Gmail pula, tidak semua orang menggunakannya kerana ada yang menggunakan Yahoo Mail.
Selain Gmail dan Google Search, sebenarnya ada banyak lagi aplikasi Google yang sangat berguna buat pelajar dalam urusan semasa belajar. Apa yang paling best sekali adalah semuanya percuma!
Baca juga: Langkah Mudah Hasilkan Video Cantik & Kemas Guna Powerpoint Yang Ramai Tak Tahu
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jenis-jenis aplikasi Google yang sangat berguna buat pelajar universiti.
Isi Kandungan
KEGUNAAN APLIKASI GOOGLE
Google Drive
Google drive ini sangat berguna untuk simpan tugasan. Sebagai seorang pelajar memang tidak lari daripada mendapat tugasan yang banyak. Jadi daripada anda beratkan laptop anda dengan simpan tugasan, lebih baik anda simpan dalam Google Drive. Bila dah simpan tugasan dalam Google Drive, anda boleh padam semua yang ada di dalam laptop. Fail di dalam Google Drive tidak akan hilang selagi anda tidak padam.
Google Keep
Google Keep memang jarang digunakan oleh kita. Malah ada yang tidak tahu pun kewujudannya. Namun sebenarnya aplikasi ini sangat berguna bukan sahaja buat pelajar, malah buat pekerja. Google Keep merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh google untuk menyimpan nota khususnya.
Amat mudah digunakan pada kedua-dua platform sama ada Android atau iOS. Terdapat juga untuk versi web yang boleh diakses melalui akaun gmail. Pelajar boleh gunakan Google Keep untuk senaraikan tugasan dan aktiviti harian.
Google Calender
Untuk pengaturan jadual yang lebih teratur, anda boleh cuba gunakan Google Calender supaya anda sentiasa menepati waktu terutamanya apabila tiba masa untuk hantar tugasan. Selalunya pelajar ni mudah lupa. Bila pensyarah bagi dateline dalam tempoh yang lama, memang susah pelajar nak ingat tarikh kena hantar.
Jadi anda boleh gunakan Google Kalender untuk catatkan tarikh submission tugasan.
Google Form
Google Form ni memang dah biasa digunakan oleh pelajar. Bukan sahaja pelajar, orang-orang awam dan pekerja juga sering menggunakan Google Form untuk kutip sesuatu data. Senang sahaja nak gunakan Google Form ni, urusan pun lebih mudah!
Google Sheets
Pelajar yang banyak buat tugasan menggunakan Excel boleh simpan data atau fail Excel di dalam Google Sheets. Jimat ruang di laptop, data pun tak hilang! Jangan risau, data dalam bentuk Excel anda tidak akan lari kerana Google Sheets memang direka khas untuk menyimpan data Excel.
Google Slides
Guna Google Slides kalau ada project berkumpulan dan nak buat perbincangan sebelum presentation dalam Powerpoint. Umum menggunakan Google Slides untuk menyediakan presentation. Tahukah anda bahawa Google Slides juga boleh menjadi ruang atau platform sebaran maklumat yang ringkas dan cepat.
Google Classrom
Pelajar juga boleh gunakan Google Classroom untuk penghantaran tugasan dan sebaran berita penting. Sejak PKP dilaksanakan susulan pendemik COVID-19, ramai juga guru yang menggunakan Google Classroom sebagai platform untuk memberi informasi kepada pelajar.
Dengan Classroom, pelajar dapat membuat satu kumpulan kelas, membahagikan tugas, memberi nilai, mengirim informasi dan melihat semua yang berkaitan di satu tempat.
Google Meet
Kini ramai yang memanfaatkan aplikasi yang memberi kemudahan untuk orang berhubung secara dalam talian kerana tidak perlu susah-susah pergi bersekemuka. Google Meet merupakan salah satu platform untuk kita berhubung dengan kenalan secara atas talian.
Google Mail
Gunakan Google Mail yang khas untuk urusan belajar. Jangan campur adukkan email peribadi dan email belajar. Asingkan supaya senang nak retrive file nanti. Kenapa Google Mail dan bukan Yahoo Mail? Google Mail banyak kemudahan seperti yang dinyatakan di atas.
Google Scholar
Gunakan Google Scholar untuk cari artikel terkini. Google Scholar sangat berguna untuk pelajar buat kajian terutama yang sedang menulis tesis. Pelbagai jenis artikel boleh pelajar dapat melalui Google Scholar. Jika mahu cari dalam bentuk PDF, caranya mudah sahaja. Masukkan PDF dalam kata carian. Contohnya seperti ini:
Semoga para pelajar dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara percuma ini bagi memudahkan urusan pelajaran. Untuk carian di Google dengan lebih mudah dan paantas, anda boleh lihat trick-trcik Google ini.
Baca juga: Senarai 100 ‘Software’ Percuma & Berguna Buat Pelajar Universiti Yang Ramai Tak Tahu