Kaunter JPJ Seluruh Malaysia Kini Beroperasi Pada Hujung Minggu Mulai 13 Ogos

Makluman penting buat semua orang! Kaunter Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh Malaysia akan beroperasi pada hujung minggu mulai 13 Ogos 2021. Pelanggan boleh membuat janjitemu secara atas talian melalui laman web disediakan atau aplikasi mudah alih.

Pembukaan kaunter pada hujung minggu ini adalah bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang ingin berurusan dan mengurangkan kesesakan pada hari minggu. Orang ramai yang ingin buat pembaharuan lesen dan cukai jalan juga boleh buat di Pejabat Pos dengan buat temu janji Pejabat Pos terlebih dahulu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan kaunter JPJ pada hujung minggu.

WAKTU OPERASI KAUNTER JPJ PADA HUJUNG MINGGU

Waktu operasi kaunter JPJ di seluruh Malaysia pada hujung minggu bermula 13 Ogos 2021 adalah seperti berikut:

  • Waktu Operasi: 9 pagi hingga 1 tengahari
  • Hari: Jumaat dan Sabtu (Bagi Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor), Sabtu dan Ahad bagi negeri-negeri lain

MAKLUMAT PENTING

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu dipatuhi bagi setiap pengoperasian kaunter di seluruh Malaysia:

  • Semua urusan adalah secara temujanji berjadual dan walk in tidak dibenarkan
  • Mod bayaran adalah secara TANPA TUNAI/CASHLESS (bagi operasi kaunter hujung minggu)
  • Kapasiti petugas kaunter adalah mengikut garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa di bawah pelan pemulihan negara, seperti berikut:
    – Fasa 1: 50%, Fasa 2: 60%, Fasa 3: 80%, Fasa 4: 100%

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

TEMU JANJI JPJ

Bagi 38 jenis urusan JPJ yang boleh dibuat secara online, orang ramai dinasihatkan untuk buat secara online sahaja di rumah bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ.

Bagi urusan yang tidak boleh buat secara online, anda boleh hadir ke kaunter JPJ dengan buat janji temu terlebih dahulu. Klik butang di bawah untuk buat temu janji online:

TEMUJANJI JPJ

Kaunter JPJ Seluruh Malaysia Kini Beroperasi Pada Hujung Minggu

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma