Kategori Individu & Cara Semak Kelayakan BUDI95 2025

Kerajaan Malaysia melalui BUDI Madani RON95 (BUDI95) memperkenalkan mekanisme baharu bagi penyasaran subsidi petrol RON95 bermula tahun 2025.

Langkah ini bertujuan memastikan subsidi hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia yang layak, sekali gus mengelakkan ketirisan kepada bukan warganegara.

Dengan BUDI95, harga petrol untuk warganegara kekal pada kadar RM1.99 seliter bagi kenderaan berdaftar di Malaysia.

Sementara itu, kategori lain seperti warganegara dengan kenderaan pendaftaran asing dan bukan warganegara akan dikenakan harga berbeza mengikut ketetapan kerajaan.

Kategori Individu Layak & Tidak Layak BUDI95

Berdasarkan ketetapan rasmi, kategori individu yang ditetapkan untuk BUDI95 adalah seperti berikut:

  • Warganegara + Kenderaan Pendaftaran Malaysia → Layak subsidi RON95 pada harga RM1.99/liter
  • Warganegara + Kenderaan Pendaftaran Asing → Tidak layak, perlu menggunakan RON97
  • Bukan Warganegara + Kenderaan Pendaftaran Malaysia → Tidak layak subsidi, hanya boleh beli RON95 pada harga pam tanpa subsidi
  • Bukan Warganegara + Kenderaan Pendaftaran Asing → Perlu menggunakan RON97

Artikel Berkaitan: Semakan & Pelaksanaan BUDI Madani RON95 2025: Harga, Syarat dan Cara Tebus

Cara Semak Kelayakan BUDI95

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan subsidi BUDI95 melalui beberapa saluran rasmi yang disediakan:

  1. Portal Rasmi – Layari laman web www.budimadani.gov.my
  2. Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 – Hubungi talian perkhidmatan pelanggan untuk bantuan.
  3. Aplikasi Mudah Alih – Semakan boleh dilakukan menerusi aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad) untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh. Mulai 30 September 2025, portal ini juga akan memaparkan penggunaan subsidi secara harian termasuk baki kelayakan. Had penggunaan ditetapkan ialah 300 liter sebulan.

Baca Juga: Cara Ganti MyKad Rosak di JPN Dengan Mudah (Panduan Lengkap 2025)

Penutup

Pelaksanaan BUDI95 membuktikan usaha kerajaan dalam memastikan subsidi petrol diagihkan secara lebih adil kepada rakyat Malaysia. Dengan kategori individu yang jelas dan sistem semakan dalam talian yang mudah, rakyat boleh menikmati penjimatan harga minyak sambil memantau penggunaan subsidi dengan lebih telus.

Jangan lupa semak kelayakan anda di portal rasmi atau aplikasi mudah alih untuk pastikan anda tidak terlepas menikmati subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma