Lebih 3000 Kekosongan Jawatan Ambilan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs TVET

Bersempena dengan Karnival Kerjaya MYFutureJobs TVET, Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengadakan pengambilan di Dewan Serbaguna, ILP Pedas! Anda dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan acara tersebut!

KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS TVET

Di bawah butiran Karnival Kerjaya dan senarai jawatan ditawarkan ambilan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Butiran Acara:

  • Tarikh: 6 Jun 2024
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat: Dewan Serbaguna, ILP Pedas

Senarai Jawatan

Pengambilan Skim Perkhidmatan Pegawai Angkatan Tetap (TDM)

Kategori:

  1. Pegawai Kadet (PK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  2. Pegawai Kadet (PK) Lepasan Ijazah (Graduan)

Syarat Kelayakan dan Fizikal:

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.
  • Tinggi minimum: Lelaki 162 cm, Wanita 157 cm.
  • Berat minimum: Lelaki 47.5 kg, Wanita 45.0 kg.
  • Body Mass Index (BMI): 18.00 hingga 26.9.
  • Umur:
    • PK UPNM: Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember.
    • PK Graduan: Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2024.

Kelayakan Akademik:

  • PK UPNM: Lulusan SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains, serta sekurang-kurangnya gred C+ dalam subjek Bahasa Inggeris.
  • Lulusan Program Asasi dengan PNGK 2.70 ke atas.
  • Program Asasi Perubatan.
  • Program Asasi Kejuruteraan dan Strategi.
  • Program Asasi Pengurusan dan Strategi.

Gaji Permulaan Pegawai Kadet:

  • PK UPNM (SPM/WSW): RM 1500.00 hingga RM 2000.00.
  • PK Graduan: RM 2355.00.

Gaji Permulaan Pegawai:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian: RM 2585.00
  • Ijazah Sarjana Muda Am: RM 2487.88
  • Diploma/Ijazah Bersekutu: RM 2321.77

Pengambilan Skim Perkhidmatan Askar Laskar Angkatan Tetap (TDM)

Syarat Kelayakan Am & Fizikal:

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.
  • Tinggi minimum: Lelaki 162 cm, Wanita 157 cm.
  • Berat minimum: Lelaki 47.5 kg, Wanita 45.0 kg.
  • Body Mass Index (BMI): 18.00 hingga 26.9.
  • Umur: Tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun.
  • Bagi calon KAGAT, mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh temuduga.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah, penglibatan dengan penggunaan barang terlarang, dan tatu.
  • Lulus pemeriksaan perubatan dan pergigian oleh pengamal perubatan.
  • Berkebolehan berenang dengan baik.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Sijil Kokurikulum dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Kelayakan Akademik:

  • SPM (Lelaki): Lulus subjek Bahasa Melayu dan salah satu subjek Matematik/Sains/Bahasa Inggeris dan Lulus Sejarah SPM 2013 ke atas.
  • SPM (Wanita): Lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu subjek Sains/Bahasa Inggeris serta Lulus Sejarah SPM 2013 ke atas.
  • Diploma/Ijazah: Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf (calon KAGAT).
  • Diploma dari Politeknik atau Kolej Kemahiran Malaysia dalam bidang teknikal/kemahiran diiktiraf.
  • Diploma Pengajian Kesihatan bersekutu dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Diploma Teknologi Maklumat Perubatan, Diploma Radiografi Perubatan, Diploma Farmasi.
  • Diploma Teknologi Veterinar dari Kolej Vokasional atau Sains Veterinar bersekutu.

Gaji Permulaan Aliran Pangkat:

  • Diploma/Ijazah:
    • Diploma Kemahiran: RM 2026.07
    • Diploma Politeknik/Kolej: RM 2036.07
    • Ijazah: RM 2048.07
  • STPM/Sijil Tinggi Agama:
    • STPM Tahun 3: RM 1962.07
    • STPM Tahun 2: RM 1782.07
    • STPM Tahun 1: RM 1582.07
  • SPM:
    • SPM Tahun 3: RM 1607.06
    • SPM Tahun 2: RM 1507.06
    • SPM Tahun 1: RM 1407.06

Pengambilan Prajurit Muda (PtM) TLDM Siri 228/24

Syarat-Syarat Kelayakan:

  • Lelaki dan Wanita warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 5 Disember 2024.
  • Lepasan SPM dan SVM – Lelaki & Wanita.
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/SKT – Lelaki.
  • Taraf Perkahwinan: Bujang (tidak pernah berkahwin).
  • Bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

Kelayakan Diploma Kejuruteraan:

  • Mechanical Engineering
  • Mechatronic Engineering
  • Manufacturing Engineering
  • Automotive Engineering
  • Engineering
  • Electronics Engineering
  • Advance Diploma in Engineering
  • Civil Engineering
  • Electrical Engineering
  • Marine Engineering
  • Software Engineering
  • Microelectronic Engineering
  • Telecommunication Engineering

Syarat Fizikal:

  • Indeks Jisim Badan (BMI): antara 18.0 – 25.0
  • Penglihatan: kedua-dua mata adalah baik tanpa cermin mata atau kanta lekap.
  • Tidak rabun warna.
  • Ukuran tinggi:
    • Lelaki: minimum 162 cm
    • Wanita: minimum 160 cm
  • Berat badan:
    • Lelaki: minimum 47.5 kg
    • Wanita: minimum 45.0 kg
  • Beza ukuran dada semasa menarik nafas:
    • Lelaki: minimum 5 cm
    • Wanita: minimum 4 cm

Maklumat Lanjut: Maklumat lanjut boleh didapati di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Hubungi:

  • Radhiah: 019-638 7085
  • Shakira: 019-638 7451

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengisi lebih 3000 kekosongan jawatan yang ditawarkan! Datanglah beramai-ramai ke Karnival Kerjaya MYFutureJobs TVET di Dewan Serbaguna, ILP Pedas pada 6 Jun 2024!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma