Daftar Karnival Kerjaya & TVET 2021: Temuduga Terbuka Pelbagai Jawatan Buat Lepasan SPM & Graduan
Berita baik untuk semua yang sedang mencari pekerjaan! Kepada lepasan SPM, graduan mahupun penganggur, ini merupakan peluang terbaik untuk anda mendapatkan pekerjaan. Pelbagai syarikat yang menawarkan pelbagai jenis kekosongan jawatan dalam Karnival Kerjaya di bawah program KARNIVAL KERJAYA & TVET MANJUNG 2021!
Karnival kerjaya ini menyediakan sesi temuduga terus secara bersemuka bersama syarikat yang menawarkan jawatan kosong disamping turut memberikan informasi mengenai jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan. Sudah pastinya amat bermanfaat buat anda yang sedang mencari pekerjaan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut karnival kerjaya dan cara buat pendaftaran bagi yang berminat.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Karnival Kerjaya & TVET Manjung 2021
- Tarikh: 18 Disember 2021 (Sabtu)
- Masa: 9 pagi – 4 petang
- Lokasi: Town Hall Manjung (berhadapan Hospital Pantai Manjung)
AKTIVITI KARNIVAL
Antara aktiviti semasa di Karnival Kerjaya & TVET Manjung 2021 adalah:
- Temuduga terbuka
- Pameran
- Demonstrasi TVET
SENARAI MAJIKAN
Antara majikan yang terlibat menawarkan jawatan kosong adalah:
- Freecap Resource Sdn Bhd
- Lestari Lumayan Sdn Bhd (Marina Island)
- Kamaya Electric (M) Sdn Bhd
- Dynacare Sdn Bhd
- Dinding Poultry & Processing Sdn Bhd
- Gerbang Alaf Restaurant’s (McDonald’s Sri Manjung)
- Sandhill Digital Sdn Bhd
- Sapura Fabrication Sdn Bhd
- CRRC Rolling Stock Centre (Malaysia) Sdn Bhd
- Hovid Berhad
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan, pastikan anda membuat pendaftaran awal untuk mempercepatkan proses pendaftaran pada hari program. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
Pastikan anda hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan selepas buat pendaftaran. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian WhatsApp 018 297 4725.
SENARAI JAWATAN
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan: