Karnival Kerjaya@Petaling Jaya: Lebih 1,000 Jawatan Kosong Di Temuduga Terbuka MBPJ

Anda sedang mencari kerja? PERKESO Negeri Selangor bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa orang ramai untuk sertai Karnival Kerjaya Petaling Jaya 2021 yang akan dilaksanakan secara fizikal pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Terdapat lebih 1,000 jawatan kosong untuk diisi dengan penglibatan 20 majikan dari pelbagai sektor.

Calon yang berminat untuk sertai karnival dan mengisi peluang kekosongan boleh buat pra-pendaftaran melalui pautan yang disediakan bagi melancarkan proses pendaftaran temu duga dan langkah-langkah awal SOP dapat dijalankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut karnival kerjaya dan panduan buat pendaftaran bagi jawatan kosong yang ditawarkan.

MAKLUMAT KARNIVAL

  • Nama program: Karnival Kerjaya Petaling Jaya 2021
  • Tarikh: 4 Disember 2021 (Sabtu)
  • Masa: 9 pagi hingga 5 petang
  • Jumlah kekosongan: Lebih 1,000
  • Tempat: Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ, No. 1, Jalan Yong Shook Lin, Pjs 7, 46675 Petaling Jaya, Selangor

AKTIVITI DISEDIAKAN

Antara aktiviti yang disediakan pada hari karnival adalah:

  • Klinik Resume MyFutureJobs
  • Kaunseling kerjaya
  • Perkhidmatan Majikan daripada pelbagai sektor
  • Temu duga terbuka kepada semua golongan

MAJIKAN TERLIBAT

Tawaran jawatan kosong melalui karnival kerjaya ini adalah dengan penglibatan 20 majikan daripada pelbagai sektor berikut:

CARA DAFTAR KARNIVAL KERJAYA PETALING JAYA

Calon yang berminat memohon, disarankan untuk mengimbas kod QR di poster atau mendaftar melalui pautan bagi melancarkan proses pendaftaran temu duga dan langkah-langkah awal SOP dapat di jalankan.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi maklumat di pautan berikut:

Hanya individu yang LENGKAP DOS VAKSIN sahaja dibenarkan untuk menyertai karnival ini dan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Karnival MyFutureJobs Petaling Jaya, anda boleh hubungi:

  • En Syafiq: 019 613 5086
  • En. Faizal: 019 617 1495

SENARAI JAWATAN

Terdapat lebih 1000 jawatan kosong ditawarkan! Semak senarai jawatan kosong di bawah:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma