Kerjaya

Daftar Karnival Kerjaya MATRADE: Lebih 2,500 Kekosongan Pelbagai Jawatan Ditawarkan

December 16, 2021Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Daftar Karnival Kerjaya MATRADE: Lebih 2,500 Kekosongan Pelbagai Jawatan Ditawarkan

Anda sedang mencari kerja? PERKESO dengan kerjamasa MATRADE mempelawa orang ramai untuk sertai Karnival Kerjaya MyFutureJobs @ MATRADE yang akan dilaksanakan secara fizikal pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Terdapat lebih 2500 jawatan kosong untuk diisi dan melibatkan jawatan pelbagai bidang.

Calon yang berminat untuk sertai karnival dan mengisi peluang kekosongan boleh buat pra-pendaftaran melalui pautan yang disediakan bagi melancarkan proses pendaftaran temu duga dan langkah-langkah awal SOP dapat dijalankan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat pendaftaran bagi yang berminat.

MAKLUMAT KARNIVAL

  • Nama program: Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE
  • Penganjur: Anjuran bersama PERKESO & MATRADE
  • Tarikh: 18 & 19 Disember 2021
  • Masa: 10 pagi hingga 4 petang
  • Tempat: Tingkat 1, Dewan MATRADE, Menara MATRADE

IKLAN PROGRAM

CARA DAFTAR

Calon yang berminat memohon, disarankan untuk mengimbas kod QR di poster atau mendaftar sebelum hari temuduga melalui pautan bagi melancarkan proses pendaftaran temu duga dan langkah-langkah awal SOP dapat di jalankan.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi maklumat melalui pautan berikut:

Hanya calon yang telah lengkap vaksin dibenarkan untuk menyertai sesi temuduga. Bagi yang telah mendaftar, pastikan anda hadir ke lokasi temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Karnival Kerjaya MyFutureJobs@ MATRADE, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Bahvika – 013 250 9320
  • Marwatif – 019 607 7433
  • Sharizami – 019 609 2375
  • Nurul – 018 216 1038
Topik artikel ini
Kerjaya
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda