Karnival Jom Kerja Anjuran DBKL, JKM & PERKESO: Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan Menanti Anda

Kepada warga kota yang sedang mencari kerja di luar sana, ini saatnya untuk anda mendapatkan pekerjaan di Karnival Jom Kerja anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan PERKESO yang akan berlangsung pada 16 Februari 2023 bertempat di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur.

Lebih daripada 5000 peluang perkerjaan yang ditawarkan oleh 15 majikan daripada pelbagai sektor untuk di isi oleh anda di luar sana. Jadi, jangan lepaskan peluang ini, jom sertai Karnival Jom Kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan anda!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut karnival kerjaya yang diadakan dan panduan buat pendaftaran bagi calon yang berminat untuk sertai.

MAKKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Karnival Jom Kerja JKM x DBKL x PERKESO
  • Tarikh: 16 Februari 2023 (Khamis)
  • Masa: 10 pagi hingga 4 petang
  • Tempat: Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur

AKTIVITI DISEDIAKAN

Antara aktiviti yang disediakan adalah:

  • Karnival Kerjaya
  • Bantuan Penyediaan Resume
  • Booth Jualan
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Kaunseling Kerjaya

MAJIKAN TERLIBAT

Lebih 5000 peluang pekerjaan daripada 15 majikan pelbagai sektor menanti anda!

CARA DAFTAR

Pencari kerja yang berminat untuk sertai program kerjaya yang ditawarkan boleh buat pendaftaran secara atas talian sekarang dengan mengisi borang pendaftaran di pautan berikut:

Semak senarai jawatan dalam pelbagai sektor yang ditawarkan di Karnival Jom Kerja JKM x DBKL x PERKESO di bawah:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma