“Cikgu” Ini Kongsi 3 Kaedah Mohon Jadi Guru Ganti Tanpa Melalui MySPP
Guru Ganti adalah guru yang menggantikan tempat guru lain yang tidak dapat berada di sekolah pada suatu masa tertentu. Mereka ini membantu mengisi kekosongan tatkala guru-guru terlatih mengambil cuti sakit, cuti bersalin atau menghadiri kursus.
Kekosongan sementera yang berlaku ini ditampung dengan khidmat Guru Ganti yang majoritinya terdiri daripada pelajar lulusan Diploma atau Ijazah. Namun nak mohon dengan SPM pun boleh tau sebenarnya! Guru Ganti tidak memiliki sebarang latihan ikhtisas dan hanya dilantik secara kontrak.
Seorang guru ganti melalui laman TikTok beliau telah kongsikan bagaimana nak mohon jadi guru ganti melalui beberapa kaedah mudah tanpa perlu mohon melalui MySPP.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN MOHON GURU GANTI
Jawatan kosong guru ganti merupakan jawatan untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti PISMP.
Antara syarat permohonan jawatan ini ialah:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
- Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM)
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM)
Jadi, yang berminat dengan kerjaya Guru tapi tidak berpeluang boleh cuba mohon menjadi Guru Ganti terlebih dahulu.
Pastikan anda cukup syarat seperti yang disebutkan di atas. Jawatan ini juga hanya ditawarkan secara kontrak tidak lebih dari 3 bulan.
3 KAEDAH MUDAH MOHON GURU GANTI
Berikut adalah 3 kaedah mohon jadi guru ganti melalui beberapa kaedah seperti yang dikongsikan:
1. Hantar Resume Ke Pejabat Pendidikan Daerah
Anda boleh hantarkan resume terus ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan anda. Namun anda dinasihatkan untuk sentiasa berpakaian kemas ke Pejabat Pendidikan Daerah kerana tidak mustahil sekiranya anda terus dipanggil untuk sesi temuduga sekiranya terdapat kekosongan di sekolah yang memerlukan guru ganti.
2. Minta Borang Di Pejabat Pendidikan Daerah
Selain daripada terus hantar resume ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), anda juga boleh dapatkan dahulu borang permohonan guru ganti di PPD berdekatan. Setelah lengkapkan borang permohonan, hantar semula dalam tempoh ditetapkan lengkap bersama dokumen diminta. Nak hantar borang permohonan pun anda perlu berpakaian kemas ya!
Calon yang mohon melalui PPD berkemungkinan akan dipanggil temuduga terus dan dapat penempatan bagi mengisi kekosongan guru ganti segera di sekolah yang memerlukan.
3. Mohon Di Laman MySTEP
Selain daripada mohon melalui Pejabat Pendidikan Daerah, anda juga boleh mohon melalui laman permohonan MySTEP kerajaan:
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat lepasan sekolah atau lepasan universiti yang ingin mendapatkan pengalaman bekerja sebagai guru ganti.