STR 2023: Kaedah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Buat Penerima Ada Akaun & Tiada Akaun

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Perdana Menteri telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuat kepada penerima yang layak.

KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

Pembayaran Fasa 1 STR 2023 berdasarkan kaedah pembayaran terakhir BKM 2022 seperti berikut:

  • Penerima Ada Akaun Bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
  • Penerima Tiada Akaun Bank
    Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    a. Pembayaran terakhir BKM 2022 adalah secara tunai
    b. Status pengkreditan gagal kredit
    c. Tiada maklumat akaun bank.

Penerima TIDAK PERLU kemaskini permohonan STR 2023 sebelum menerima pembayaran Fasa 1 kerana Pembayaran Fasa 1 STR adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.

Nak tahu anda lulus STR atau tidak, anda boleh semak kelayakan dan kadar bantuan yang diterima di bawah:

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2023

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma